Thursday 30 April 2015

Parah ditetak enam samseng

Oleh Hadzlihady Hassan
Perai: Dua lelaki parah ditetak sekumpulan enam samseng bersenjatakan parang di kawasan tempat letak kereta flat, di sini, semalam.
Dalam kejadian 6 pagi itu, dua mangsa berusia 26 dan 28 tahun itu cedera di kepala serta badan akibat ditetak kumpulan terbabit.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Nor berkata, setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
"Ketika kejadian kedua-dua mangsa pergi ke rumah rakan mereka di flat itu namun diserang sekumpulan lelaki berparang di kawasan parkir.
"Setakat ini masih belum ada tangkapan dan kita masih siasat motif kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : 
Jumaat, 1 Mei 2015 @ 12:51 PM 
- See more at: http://staging.hmetro.com.my/node/47711?m=1#foto

No comments:

Post a Comment