Tuesday 21 April 2015

Hari ke-7 ???

Masyallah ! Tabarakallah ! Allahuakhbar !

Ayahanda Dr Hasan Ali sudah 7 hari bersama jemaah DrSam yg akan ke Namibia ... Terkejut juga saya sebenarnya kerana pada mulanya beliau hanya azam utk khuruj selama 3 hari ... Hidayat milik Allah ! Allah boleh pilih siapa sahaja yg Dia kehendaki utk teruskan usaha Nubuwwah ini !

Beliau berkata beliau berazam utk teruskan khuruj beliau selama 10 hari sebelum jemaah DrSam berangkat ke Namibia ... Turut serta dalam jemaah ini adalah bekas pelakon Leftenan Adnan , Abg Hairie Othman ...

Malam tadi ayahanda Dr Hasan Ali menghantar beberapa keping gambar beliau bersama jemaah ... Beliau juga sempat menziarahi sahabat baik beliau Al Fadhil Dato Ust Ismail Kamus d rumahnya ... Ayahanda Dato Hasan Ali juga memaklumkan beliau sangat gembira bersama jemaah dan beliau cerita semalam jemaah khidmat memang terbaik ... Bab ta'am semua sunggguh2 makan katanya !... Aku menambah sebab tu ramai orang Tabligh perut seksi ! Haha ...

Mungkin ramai yg masih belum mengetahui bahawa almarhum ayah kpd Dr Hasan Ali ini adalah seorang Dai'e yg telah lama terlibat dalam usaha Dakwah Tabligh dan telah khuruj selama 4 bulan sebanyak 3 kali ke India , Pakistan dan Bangladesh ! Allahu Allah ...

Almarhum ayah beliau juga merupakan seorang Imam dan Guru Al Quran d salah sebuah surau d kampung mereka d Klang dahulu ... Beliau menceritakan kpd saya bahawa semua adik beradik mereka d didik oleh ibu dan ayah mereka utk mencintai Al Quran dan Masjid ...

Setiap pagi sebelum ke sekolah mereka d wajibkan membaca Al Quran ... Dr Hasan pernah menceritakan kpd saya bahawa dalam perjalanan ke masjid setiap Subuh itu almarhum ayah beliau sentiasa meminta Dr Hasan Ali mengulang hafalan Al Quran sambil almarhum ayah beliau mengayuh basikal ketika memboncengnya ... Solat Subuh semua wajib berjemaah d masjid ... Begitu juga solat fardhu yg lain ...

Sebelum almarhum ayah kpd Dr Hasan Ali meninggal , almarhum ayah beliau selalu berpesan kpd mereka adik beradik agar apabila sudah berkeluarga nanti utk membeli rumah yg betul2 dekat dgn masjid dan sentiasa membaca Al Quran ... Hasil didikan ini , kesemua adik beradik beliau telah pun mempunyai rumah yg dekat dgn masjid dan sehingga sekarang juga amalan membaca Al Quran itu telah d warisi oleh anak2 mereka ...

Kisah beliau ini selalu beliau kongsikan dalam setiap program motivasi dan ceramah beliau sebagai pendorong kpd ibu bapa utk mendidik anak2 mereka dengan amalan Agama ... Hasil pengorbanan almarhum ayah beliau juga , adik kpd Dr Hasan Ali , Hj Baharuddin Ali juga merupakan salah seorang Dai'e yg meneruskan legasi almarhum ayahnya dan kini Dr Hasan Ali juga mengikuti jejak langkah adiknya itu ...

Selama saya berkhidmat dan bersama beliau sewaktu berada d Malaysia , terlalu banyak perkara yg saya telah pelajari ... Setiap hari beliau akan bangun satu jam sebelum Subuh utk solat tahajjud , zikir dan solat2 sunat yg lain ... Selepas solat Subuh dan selepas solat Maghrib , membaca Al Quran telah menjadi amalan harian beliau sejak muda lagi ... Setiap hari mereka satu keluarga akan membahagikan juzuk drpd Al Quran utk d khatamkan dan banyak lagi perkara yg membuatkan saya cukup terkesan ... Allahu Allah ...

Kesan drpd tarbiah dan didikan beliau ini juga turut saya rasai dan sehingga kini saya akan usaha utk baca Al Quran paling kurang 2 helai setiap hari selepas solat Subuh dan selepas solat Maghrib ... Inilah pesan beliau kepada saya sebelum kami berpisah sewaktu bersama2 ke Ijtimak Dunia d Tongi , Bangladesh awal tahun ini ...

Kelebihan program motivasi beliau juga adalah kehadiran ibu bapa yg d wajibkan sewaktu pembukaan dan penutupan setiap program motivasi diadakan sangat memberi kesan kpd anak2 dan ibu bapa ... Saya sendiri pasti menitiskan air mata apabila tiba slot bersama ibu bapa kerana terkesan dgn ucapan dan motivasi yg d berikan oleh Dr Hasan Ali ... Allah SWT beri kelebihan kpd beliau dalam berpidato menyampaikan kerisauan beliau terhadap akhlak dan nilai murni kanak2 dan remaja serta belia pada zaman ini yg semakin menjunam dan sangat2 me

No comments:

Post a Comment