Wednesday 29 April 2015

1. Terasa berat untuk bangun pagi

Lazy
Cuba ingat sudah berapa kali anda matikan jam loceng dan tidur semula? Adakah anda rasakan bangun pagi itu seperti satu seksaan untuk anda? Jika anda sudah rasa berat atau susah untuk bangun pagi kerana tidak ada semangat untuk bekerja, itu tandanya anda sudah tidak ada rasa keseronokan untuk bekerja.

2. Berada di pejabat tanpa ada rasa gairah

Young-businessman-looks-at-the-office-clock-Shutterstock-800x430
Setiap pekerjaan memang masih anda lakukan perlulah bersemangat agar kerja yang anda lakukan mempunyai kualiti. Tapi jika di pejabat, baru je masuk anda dah terfikir bila la nak habis waktu kerja, itu maknanya memang anda dah tak berkenan dengan kerja yang anda lakukan sekarang.

3. Setiap minit Membelek sosial media

man-using-smartphone-e1410251239148
Selain menatap komputer sambil melakukan kerja, setiap minit pasti anda membelek sosial media anda untuk mengetahui update terkini rakan-rakan anda. Apabila dalam kepala anda sudah malas untuk buat kerja dan hanya ingin cepat balik ke rumah, itu tandanya anda sudah bosan dengan kerja anda sekarang.

4. Mula ada keinginan untuk berhenti

WC_271608_39_image1
Jika anda sudah ada keinginan untuk berhenti, itu tandanya anda tidak suka dengan pekerjaan yang anda lakukan sekarang. Bahkan anda juga mula membayangkan kalau anda boleh menghabiskan hidup anda dengan bercuti dan berehat sepuasnya. Tapi siapa nak sara hidup anda kalau berangan nak bercuti je??

No comments:

Post a Comment