Tuesday 7 April 2015

Nahas helikopter: Identiti mangsa keenam warga Kyrgyzstan akhirnya terjawab 

Nahas helikopter: Identiti mangsa keenam warga Kyrgyzstan akhirnya terjawabKetua polis berkata, berdasarkan bukti-bukti yang berkumpul di premis itu dan siasatan di Pantai Dalam Aidana telah mengiringi juruterbang itu dalam beberapa penerbangan berbeza . - Gambar Fail 
KAJANG: Persoalan yang menyelubungi identiti warga Kyrgyzstan, Aidana Baizieva yang merupakan antara enam yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih Sabtu lalu akhirnya terjawab.

Identiti Aidana yang masih tidak disahkan sehingga petang tadi, akhirnya dikenal pasti sebagai kenalan juruterbang helikopter malang terbabit, Kapten Clifford William Fournier.

BERITA BERKAITAN: Jasad juruterbang nahas helikopter Semenyih dituntut keluarga

Dalam satu sidang media, Ketua Polis Selangor Datuk Abu Samah Mat berkata berdasarkan bukti-bukti yang dikumpul dan siasatan di premis kediaman mangsa di Pantai Dalam, Aidana juga didapati telah turut mengiringi juruterbang itu dalam beberapa penerbangan sebelum ini.

Aidana juga dilaporkan telah berada di Malaysia sejak 2010 lagi dan merupakan seorang bekas pelajar Sunway University.

Sepanjang berada di negara ini wanita yang berusia 25 tahun itu juga pernah menjalani pengajian di beberapa institusi pendidikan termasuk di Universiti Lim Kok Wing dan Kolej SEGI Kuala Lumpur.

Sehingga petang tadi, jasad Aidana masih belum dituntut bagi menunggu pengesahan DNA oleh pihak Hospital Besar Kuala Lumpur.

Dalam nahas helikopter Sabtu lalu, selain Aidana dan Clifford, turut terkorban adalah Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias, pengawal peribadi Razakan B Seran, dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.

BERITA BERKAITAN: Jasad Aidana dituntut wanita dipercayai kakak

BERITA BERKAITAN: Helikopter awam terhempas di Semenyih, 6 maut

GALERI FOTO: Siasatan kes nahas helikopter di Semenyih
 
Belum ada komen dikemukakan lagi. Jadilah orang yang pertama mengemukakan komen!

Kemukakan komen baru

No comments:

Post a Comment