Astro Awani | Kemas kini: April 04, 2015
(Diterbitkan pada: April 04, 2015 22:35 MYT)
SEMENYIH: Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis antara mangsa yang berada di dalam helikopter yang terhempas di sini petang tadi.
Perkara ini disahkan Menteri Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.
Helikopter awam itu dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih pada jam 4.55 petang tadi dipercayai ketika hujan dan angin kencang.
Mangsa lain ialah ketua setiausaha sulit di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan, juruterbang dan pengawal peribadi.
Polis mengesahkan kesemua mangsa maut dalam nahas tersebut.
Terdahulu, laporan saksi menyebut helikopter itu meletup di udara pada jam 4.50 petang sebelum terhempas di sebuah ladang getah dan meletup sekali lagi.
Dalam pada itu, laman sosial Twitter dibanjiri ucapan takziah kepada keluarga Jamaluddin serta lima lagi mangsa nahas tersebut.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL

No comments:
Post a Comment