Thursday, 22 December 2016

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), akan mengadakan 'Ops Jalan' sempena musim cuti sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2017. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPJ, Datuk V Valluvan Veloo, berkata pperasi itu merangkumi tempoh sambutan Krismas pada 24 hingga 26 Disember ini, diikuti cuti Tahun Baharu 2017 pada 30 Disember hingga 2 Januari 2017. "Dalam operasi ini, JPJ sasarkan penurunan jumlah kemalangan terutama yang mengakibatkan maut membabitkan motosikal, kenderaan persendirian, kenderaan awam dan kenderaan barangan," katanya pada sidang media, di sini hari ini. Seramai 1,500 anggota JPJ akan menyertai operasi berkenaan, yang turut membabitkan agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). JPJ mengambil pendekatan mengadakan rondaan penguatkuasaan di lebuh raya dan jalan utama negeri di seluruh negara, pemeriksaan bas di terminal utama, penyamaran sebagai penumpang bas ekspres dan penguatkuasaan penyamaran bergambar di lokasi yang sering berlaku kemalangan. Veloo berkata, sepanjang tempoh operasi, JPJ tidak akan bertolak ansur dan tegas mengambil tindakan ke atas pemandu yang tidak mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya dengan mengenakan kompaun maksimum RM300. Bagi kesalahan menggunakan lorong kecemasan, pemandu akan didakwa di mahkamah. "Sejak operasi dilancarkan pada Mei lalu, sebanyak 7,000 kesalahan menggunakan lorong kecemasan direkodkan tetapi antara November hingga Disember ini, hanya terdapat satu atau dua kes direkodkan kerana pengguna mula sedar betapa seriusnya kesalahan itu," katanya. Beliau berkata, aduan bergambar oleh orang ramai membabitkan kesalahan menggunakan lorong kecemasan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/226269?m=1
C/p#

No comments:

Post a Comment