ALEPPO EMERGENCY APPEAL
i4SYRIA melancarkan Aleppo Emergency Appeal untuk membantu lebih 250,000 rakyat Aleppo yang disekat bantuan kemanusiaan untuk masuk ke sana akibat pengeboman yang tidak henti-henti sejak 23 April yang lalu.
Berikut adalah beberapa data berkenaan situasi terkini di Aleppo:
- Lebih 252 orang terkorban sejak minggu lalu termasuk 49 kanak-kanak. Ini menjadikan jumlah korban di Aleppo sejak tahun 2011 kepada 28, 830 orang
- Hospital Al-Aqsa di Aleppo turut dibom pada hari rabu lepas, mengorbankan lebih 30 orang termasuk Doktor Pakar Kanak-Kanak terakhir di Aleppo. Hospital ini adalah dibawah NGO Antarabangsa Doctors Without Borders (MSF).
- Serangan oleh regim dengan bantuan tentera Rusia telah meningkat sejak seminggu lalu kononnya untuk memutuskan bekalan senjata kumpulan ‘pemberontak’.
- Serangan barrel bom terbaru adalah dikawasan Hritan, Kaft Dael, Bab al-Haded dan kejiranan Kastelo di Aleppo.
- Kesan pengeboman berterusan sejak 2011 juga telah menyebaban kemusanahan kepada warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO iaitu Old City of Aleppo.
i4SYRIA merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan dermawan turut membantu kempen ini dengan bersama-sama menyumbang.
Sumbangan berbentuk kewangan dan penyebaran maklumat tentang kempen ini kepada rakan-rakan yang lain amat dihargai dan diperlukan
Bantuan akan difokuskan kepada makanan dan perubatan yang akan disalurkan melalui rakan NGO disana. Anda boleh ikuti perkembangan terkini di Aleppo dan Syria melalui FB i4SYRIA.
2 Langkah mudah untuk menyumbang:
1) Salurkan sumbangan anda atas nama 'Humanitarian Care Malaysia Berhad':
Akaun Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
Akaun CIMB Islamic: 8602 135 592
2) Maklumkan melalui email ke account@mycare.org.my bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke 012-2799734 dan nyatakan kemasukan untuk ‘Aleppo'
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE:
+603-8941 2341 (En Aiman)
*Tempoh Projek: 2 Mei 2016 - 16 Mei 2016
Mohon sebarkan info ini kepada kenalan/sahabat anda!
#AleppoIsBurning #SaveSyria
No comments:
Post a Comment