ILMU SEKOLAH JALANAN.
Bismillah. Mohon maaf kerana lambat post perkara ini. Saya janjikan semalam dah post tapi ada sedikit issue yang timbul.
=======
Okay. First of all, kenapa aku belajar di sekolah ni?
Semuanya bermula sekitar bulan Jun tahun lepas (lebih kurang 2-3 bulan sebelum Ramadhan).
I was dead broke. No money, few thousands debts & the needs to survive for life.
Aku ada bisnes kecil-kecilan masa tu. Aku edar kek kat kedai runcit (tapi aku tak berapa reti nak buka channel banyak-banyak). Cut things short, bisnes tu tak berapa jalan & telan banyak duit aku.
Nak rolling duit sakit woo bila guna consignment.
(Consignment = letak dulu, habis jual baru collect duit).
.
Tujuan utama aku niaga di jalanan ialah :
1) Utk survive.
Tak ada duit sangat ke aku ni? Ada, tapi aku boros. Banyak beli barangan berbentuk kehendak & tiada kesedaran kewangan. Sampai satu tahap aku tak ada duit sampai terpaksa meminjam duit utk isi minyak berharga RM 2.00. Hutang lak melambak-lambak.
2) Runtuhkan tembok malu.
Percaya atau tak, aku ada post kat fb yang aku niaga kat tepi jalan. Member sekolah aku memang gelak sakan lah. Tapi, buat bodo je lah kan.
Bukan depa yang bagi aku makan minum pun.
Masa ni Tuhan je tahu malu dia macam mana. Ingat senang ke nak niaga? Tembok malu ni kena runtuh dulu. Hokay?
3) To achieve bigger goals.
Niaga di jalanan bukan tempat untuk buat juta-juta (boleh tapi tahapnya lebih tinggi, bermain dengan jumlah gerai & pekerja yang banyak & aku bukan yang ahli utk ceritakannya). Aku ada banyak impian & aku perlu runtuhkan tembok malu utk capai impian tu.
.
Ini adalah ilmu yang aku belajar & hopefully korang blh hadam & aplikasikan dalam bisnes atau future bisnes korang.
Ilmu ini aku sengaja bahagikan kepada :
- Strategi
- Kesalahan yg aku dah buat
- Tips
Nanti senang nak study.
=======
Strategi :
1) Bermula dengan apa yang ada di tangan.
- Kalau cuma ada RM 50, guna utk buat bisnes yang kurang dari RM 50.
- Kalau reti masak, guna skills tu. Tak reti pi blajaq.
- Jangan mula bisnes dengan berhutang.
- Jangan mula dengan modal lebih RM 2,000
Dalam bisnes rugi itu pasti, untung belum tentu.
2) Cut cost at all times.
- Kira total spending. Potong pada perbelanjaan yang tak perlu.
Cth :
i) Katakan lah ko niaga dan hari-hari ada lebihan makanan, bilangan yang lebih ni ko kurangkan supaya blh reduce cost production.
3) Buka sebanyak hari yang boleh.
- Buka sebanyak hari yang ko mampu.
- 30 hari paling best. Senang orang nak cari.
- Jangan sampai mengganggu waktu kerja ko dah la.
4) Berdiri jangan duduk.
- Cuba ko tgk orang yang niaga tepi jalan.
- Banyak duduk ke banyak buat sales?
Q :Camne nak close sale kalau orang tak datang?
A : Lure them in.
+ Senyum kat setiap kereta yang lalu lalang.
+ Jadi tiang & terus senyum sampai nampak gigi. (Kalau gigi dah tak ado tu jangan tunjuk lak)
Ini strategi yang memang aku guna. Orang pandang semacam je.
Tapi, ada orang yang sanggup u-turn utk membeli oleh kerana strategi ini.
Itu kalau jantan yang senyum. Kalau aweks rupa Nora Danish? Fuhh hari-hari berhenti bhai.
Miahahaha
*Refer gambar kedua utk tengok camne aku senyum. Give your best smile.
5) Niaga barang yang orang kenal.
- Niaga benda yang kalau ko letak atas meja je orang dah tahu natang apa tu.
Cth :
+ Durian
+ Nasi lemak
Etc
- Jangan niaga produk yang nak sebut pun berbelit lidah.
6) Buat banner atau bunting.
- Simple design.
- Bunting saiz 3 x 2 kaki (min 2).
- Banner saiz 8 x 4 kaki.
7) Buat mouth to mouth marketing.
- Bagitau jiran ko yang ko ada niaga tepi jalan.
- Bagi tester free sikit kat depa.
8) Pakat niaga dengan orang sebelah.
- Kalau ko ada jiran yang niaga kat sebelah tapak ko, ajak dia niaga dekat sikit sebelah menyebelah.
- Ko jual nasi lemak, dia jual nasi minyak. Jangan sailang lak.
9) Pilih kawasan yang padat.
Kawasan niaga tepi jalan yang paling baik ialah:
a) Kawasan perumahan yang padat.
b) Laluan keluar masuk taman.
c) Jalan yang lebar & senang orang nak berhenti membeli.
d) Dekat dengan tempat kerja atau bandar.
Cari tempat yang ramai orang.
Jangan niaga tepi highway atau jalan besar. Sebab kita nak target repeat customers.
Ini tips dari tokey jambu yang salesnya RM 10K sebulan.
10) Jaga kebersihan.
- Sebelum niaga, bersihkan tapak ko elok-elok.
- Pelanggan tak berohi nak membeli kalau tempat yang dia nak beli tu kotor.
11) Pakai cun melecun.
- Pakai pakaian yang bersih & wangi.
- Tak perlu dress up beria sangat. Cukup sekadar sejuk mata memandang.
- Yang laki tu jangan pakai short.
- Yang mana masih gegadis tu, pakai lah comey sikit. Nanti ramai lah abam yang datang singgah.
Tak caya tanya laki atau balak ko.
Bukan sebab dia gatal, tapi sedap mata memandang je.
Muahehehe
12) Kedudukan meja.
- Letak meja ko elok-elok.
- Jangan sampai mengganggu trafik. Saje je kena maki.
13) Sedekah.
- Mulakan niaga dengan sedekah.
- Sedekah min RM 1 dalam tabung masjid sebelum mula niaga.
- Atau beri nasi free sebungkuih kat first customer.
Be creative lah ya.
Kunci di sini ialah niat yang ikhlas. Bukan sebab ko nk sale banyak.
14) Know your "money train".
- Money train adalah term yang aku create sendiri.
- Maksud money train ialah, pukul berapa duit start masuk?
- Pukul berapa duit dah tak masuk?
- Waktu bila sale paling banyak?
- Pukul berapa sales drop?
- Orang membeli weekdays banyak mana? Weekend banyak mana?
- Beli naik apa? Kete, muto ke basikal?
Money train ni macam customer avatar, cuma aku fokus pada masa (macam train la kan).
15) Greetings.
- Bila customer dah mai kedai, hang pi lah sambut dia. Belai dia.
Cth :
- Selamat datang abam.
- Terima kasih beli. Esok datang lagi.
- Selamat bekerja.
One thing yang aku notice, ramai pelanggan yang suka kalau aku wish dia selamat bekerja. Tak tahu kenapa.
Korang blh try.
Hang duk buat lagu ni, konfem esok lusa depa mai lagi (kalau makanan tu sedap). Kalu hang dapat yang jenis banyak mulut, depa akan refer kawan @ jiran depa. Kalu rasa pun hampeh, takmo aih depa nak refer kat jiran.
16) Layan semua customer sama.
- Jangan sebab hang tak kenai depa hang buat muka toya ja. Senyum sikit boh.
- Kadang-kadang hangpa akan jumpa yang jenis pelik sikit. Elok-elok kita bungkuih nasi tu, depa duk buka cium bau dulu. Natang guh customer gini. Tapi hangpa jangan maki dia. Kesian dia, tu ja mampu, ambik bau. Keh keh keh.
17) Validate, validate & validate.
- Customer nak apa?
- Rupa camne?
- Berapa yang diorang sanggup bayar?
Kaji pasaran dengan bertanya customer ko. Dah tanya try & adjust.
18) Give your best service
- Sentiasa beri service yamg terbaik utk customer.
Tak kira lah what did happen to you before you open up your stall. Your customer don't give a damn.
19) Jangan main phone
- Jangan duk niaga & main phone.
Kalau ko notice kedai macam ni tak ramai yang singgah.
Kenapa?
Sebab dia tak serius nak berniaga.
Cuba kalau waktu niaga dia pegang sepanduk "Beli 1 Percuma 1" kat tepi gerai. Agak-agak rami tak yang datang?
Ini strategy Domino's Pizza. Dia letak rider dia tepi jalan & suruh jual. Tak habis jangan balik.
20) Servis laju.
- Servis MESTI laju.
- Kalau blh biar proses orang datang, order & bayat kurang 30 saat. Laju kan?
Camne nak buat?
Bungkuih awal-awal.
Kalau letak dalam tray memang lambat sikit. Tak pe asal jangan customer tu tunggu berjam-jam baru dapat order.
==========
Kesalahan yang aku duk buat.
20 strategies cukup la dak. Bagi banyak-banyak bukan hangpa nak buat pun. Sebulan lagi baru start. Caya lah.
Ini pula kesilapan yang aku buat.
1) Kira kos dengan cara salah.
- Kos yang kita biasa kira ialah production cost sahaja.
- Kos yang kita tak kira ialah :
+ Kos minyak.
+ Kos pekerja.
+ Kos elektrik.
+ Kos marketing.
Etc
Masukkan semua ini bila buat costing. Baru hang dapat jumlah sebenar.
2) Tiada rekod jualan.
- Aku tak catat sales dulu. Vangang betul.
- Kekurangan bila tak catat sales ialah ko tak tahu bila blh expand the business. Nak kembang camne kalau track record tak ada?
3) Expand not at the right time.
Aku pernah tambah jualan nasi lemak. Dari 40 ---> 60 bungkus. Sebab masa tu tiba-tiba sales naik utk tempoh seminggu.
Dapat time aku tambah jumlah nasi, orang tak mai beli. Bila check rupanya susah minggu ke-3. Biasanya waktu ni orang dah tak berapa nak ada duit. Jadi, kurang makan luar. Nasi pun tak habis :'(
=======
TIPS
Korang kan suka tips. Hahaha. Ni aku bagi tips sikit.
1) Niaga ada matlamat.
- Nak sale berapa?
- Nak untung berapa?
Then, kejar matlamat ni.
Target lah sehari dapat RM 50 untung bersih.
RM 50 x 30 = RM 1,500
Niaga tepi jalan ni boleh dapat lebih dari RM 70 sehari. Kalau kena caranya. Ikut je stattegi kat atas tu.
2) Sedekah.
- Jadikan sedekah sebagai strategy. Aku dah terang kat atas tadi.
3) Sediakan duit kecil.
Kekadang, aku ada jumpa jenis peniaga yang maki pelanggan dia sebab tak sedia duit kecil.
Jangan marah customer tu, dia datang bawa rezeki. Tak baik layan rezeki gitu.
Dah ko yang nak niaga, ko lah yang patut sedia duit kecil. Kalau nak dekat gaji tu, sedia lebih sikit sebab orang baru "cucuk" duit.
4) Minta keberkatan.
- Minta mak bapak doakan jualan habis haritu.
- Minta sebelum mula niaga ya.
5) Dekatkan diri dengan Tuhan.
- Solat jangan tinggal.
- Solat awal waktu.
- Minta doa bebanyak.
- Buat Dhuha.
- Zikir waktu niaga.
Nak lagi best, buka surah Al-Waqiah waktu niaga. Customers pun dapat pahala dengar bacaan Quran.
======
Ini lah ilmu yang aku belajar dari sekolah ini. Semoga korang blh digest lah ya. Kalau ada lagi yang aku ingat, nanti aku akan share.
Bagus sangat ke aku ni? Tak, aku ni rakyat biasa je yang mencari sesuap nasi melalui medium perniagaan.
Buat masa ni aku bermula kecil lepas terbakar tangan atas kebodohan diri.
Aku bukan batak LIKE atau SHARE, tapi jika rasa apa yang aku share ini bermanfaat, share kan lah. Supaya ada yang boleh ambil manfaat daripadanya.
Selain harta dunia, harta akhirat pun kena cari juga. Ilmu yang bermanfaat adalah salah satu daripadanya.
.
Kepada abam akak yang selalu post tentang bisnes, hartanah, ASB Financing & kewangan, saya mohon teruskan lah share ilmu ini.
In Shaa Allah ada sungai pahala untuk kita di akhirat kelak. Aminn.
Saya banyak belajar dari abam akak yang raajin posting kat fb ni.
.
*Maaf lah aku duk tag ramai sangat. Tujuannya supaya abam akak & gegadis tak missed post ini. Yang ditag adalah separuh daripada mereka yang Like & Comment pada post yang lalu.
Kalau rasa terganggu dengan post ini, boleh klik button unfollow post. Terima kasih.
.
Firdaus Ahmad
Just a man who wants to achieve some big goals.
No comments:
Post a Comment