Wednesday, 25 May 2016

Ramai yang luahkan rasa tak puas hati dalam ni sebab Astro tayang kan cerita berulang ulang, iklan banyak dan bil mahal pulak tu.

Memang saya pun terasa jugak dgn bil Astro tambahan pula bukan banyak masa nak tengok.

Tapi suka saya nak ingatkan diri saya dan semua di sini, kalau lah Astro tu kita punya - sebagai orang bisnes, bukan kah kita ingin tingkatkan keuntungan perniagaan kita agar kita boleh bagi yang terbaik pada pekerja kita. Apabila pengguna bersetuju untuk melanggan rangkaian Astro, maka secara sahnya kita sudah bersetuju dengan segala apa yang di tawarkan oleh Astro.

Kalau di bandingkan dengan kos (ada yang langgan RM40 paling minima dan hingga beratus ratus RM) - kita bayar RM40 saja sebulan untuk menonton pelbagai filem berulang ulang dalam sebulan. Kita boleh tengok dengan keluarga tak kira berapa ramai ahli keluarga kita.

Cuba kita beli tiket wayang (paling cikai pun tiket RM9 sorang). Satu filem utk ahli keluarga lima orang - kita akan habiskan RM45 utk tengok SEKALI saja. Kalau hindustan tu ada orang tengok sampai dua tiga kali kat pawagam. Dah RM90/RM135 habis.

So kenapa kita nak kecoh pasal RM40 sebulan utk 5 orang tapi sanggup bayar tiket RM45 utk 5 orang sekali tonton aje.

Kalau nak tonton acara sukan secara langsung contoh bolasepak Euro yg akan berlangsung tak lama lagi. Kita bayar RM100/RM200 utk pakej rancangan sukan - kita boleh tengok beberapa perlawanan sehingga ke perlawanan akhir sekali dengan seisi keluarga hanya bayar RM100/RM200 sebulan. Agaknya kalau kita nak beli tiket kapalterbang,  hotel dan tiket setiap perlawanan - berapa agaknya kos utk seorang. Mau tak kurang RM5000.

Kalau yg langgan byond dan pvr, siap boleh rakam dan tonton berulang ulang kali lagi.

So kalau tak puashati jugak, hentikan saja langganan sebab Astro pun tak kata setiap rumah wajib langgan Astro. Sebagai pengguna kita ada hak.

Cuba tengok balik syarat syarat langganan kita dengan Astro, ada tak termaktub bahawa Astro tak boleh tayang iklan. Rasanya tak ada dlm tulisan kecik kecik tu. Yang ada adalah di antara Astro dengan Kementerian dan Kerajaan Malaysia yang meluluskan lesen mereka. Maka biarlah pihak yang bertanggungjawab menjalankan amanah yang telah di berikan pada mereka.

Ada banyak set box internet di pasaran dan dengan bayaran tertentu, pengguna boleh tonton bermacam macam rancangan termasuk yg takde di Astro sekali. Tapi kena ada internet lah.

Cakap pasal internet, bila pula pengguna atau menteri nak melalak pasal TM Unifi yang menjanjikan jalur lebar pantas tanpa gangguan sebab ramai yg tak dapat servis memuaskan dari Unifi. Talian jalur lebar tapi slow macam kura kura. Tiap kali pun alasab kabel bawah laut. Agak sekali masalah, orang Unifi tak belajar dan improve ke sebab setiap tahun ada aje masalah yang sama.  Dah lah yuran langganan antara termahal di asia tenggara (kalau tak di dunia lah).

Saya bukan lah staff atau pemegang syer dalam Astro tapi hanya pengguna Astro yang suka tengok channel masak masak saja.

Jangan marah ya...

No comments:

Post a Comment