Monday 18 April 2016


Sekarang ni, kat pejabat aku tersebar cerita hantu, katanya ramai yang dah jumpa hantu yang sering memandang dengan pandangan yang tajam memerhatikan orang yang hendak diganggunya. Tak kira di mana tempat, ada yang terjumpa dalam tandas, dalam pejabat, dan ada juga yang ternampak di atas bumbung semasa sessi latihan sukan di belakang bangunan beberapa tahun lalu. 

Cerita salah seorang dari mereka begini, setelah selesai bersukan pada petang itu, ada sebahagian dari mereka yang masih duduk berbual-bual di padang sebelum bersurai, ketika itu hari sudahpun senja kira-kira jam 7.15 petang. Secara tidak sengaja, salah seorang dari mereka terpandang ke atas bumbung, lalu ternampaklah hantu yang sedang berdiri di atasnya dengan rupa yang amat menyeramkan. Pandangannya tajam walaubagaimanapun rupanya tidak berapa jelas dan samar-samar, maklumlah hari pun semakin gelap. Semua mereka bertempiaran lari menuju ke dalam pejabat dan ada sebahagian dari nya yang sudah bersedia dengan beg pakaian semasa turun bersukan tadi terus berlari ke kereta dan motosikal masing-masing untuk segera pulang ke rumah kerana takut diganggu. 

Sejak dari itu, barulah kami tahu rupa-rupanya di bangunan pejabat kami ni 'berhantu'.

Aku ingat cerita itu habis di situ saja!!! rupanya tidak, kerana masih ramai yang ternampak akan kelibatnya. Kami pernah mengadakan bacaan Yassin selama 3 minggu berturut-turut baru-baru ini, kerana salah seorang staf (tingkat dan Bahagian terpaksa dirahsiakan) telah meracau-racau dan jatuh sakit akibat kena gangguan dan sehingga kini ia dikatakan masih belum pulih sepenuhnya dan telah diberi cuti rehat. Sehingga ini usaha kami diteruskan kerana masih lagi diganggu. Aku diberitahu bahawa seorang ustaz yang terkenal telah dipanggil untuk memulihkan pejabat kami dalam masa yang terdekat ini.
Cerita terbaru yang aku dengar pula, seorang staf mendengar seperti ada seseorang sedang membasuh pakaian dan mandi di dalam tandas. Kejadian itu berlaku di antara jam 7 hingga 7.30 pagi, sebelum waktu pejabat bermula pukul 8, Setelah diamati dan diperiksa di semua tandas lelaki dan wanita, ternyata tidak ada sesiapa pun yang berada di dalam tandas membasuh pakaian dan mandi pada pagi itu. Cerita ini cepat tersebar kepada semua staf dan pekerja-pekerja yang bekerja di dalam bangunan dan kejadian ini telah menimbulkan rasa takut kepada semua mereka terutamanya kaum wanita. Ada yang tidak berani lagi hendak ke tandas berseorangan melainkan berteman.     

Aku juga pernah terdengar seorang kawan bercerita. Pada suatu hari dia datang bekerja pada hari Sabtu (hari Sabtu dan Ahad, pejabat kami cuti) kerana ingin menyiapkan tugas-tugas yang belum selesai, Lebih kurang sejam selepas ia masuk pejabat berseorangan dan sedang bertugas, ia mendengar bunyi bising di luar pintu pejabatnya dan terdengar suara kanak-kanak lebih dari seorang sedang berlari dan bermain kejar-kejaran sambil ketawa. Ia merasa hairan dan tertanya-tanya dalam hati, "siapa pula yang membawa anak-anak datang bekerja di hari cuti"?

Dengan memberanikan diri, ia cuba menyiasat, tetapi setelah diperiksa di semua tempat, ia dapati tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan ada staf yang datang bekerja dan membawa anak pada hari itu. Kejadian ini sangat menyeramkan. Tapi kawan aku ini seorang yang berani dan tidak menghiraukan akan kejadian yang baru dialaminya itu lalu meneruskan tugas-tugasnya hingga selesai.

Kisah yang lain pula, seorang kawan datang awal pagi lalu masuk ke pejabat. Setelah meletakkan beg dan mula hendak membuka suis komputer, secara tidak sengaja ia terpandang seakan-akan kepulan asap halus berwarna putih sedang berarak perlahan-lahan melintasi bilik pegawainya. Ia yang terkejut akan apa yang dilihatnya itu terus tergamam dan terpaku di atas kerusi yang didudukinya dengan perasaan gementar. Asap halus itu terus berarak perlahan-lahan menuju ke pintu utama dan terus lenyap dari pandangan matanya. Walaupun kawan aku ini bukanlah seorang yang berani, mujurlah ia tidak pengsan melihat peristiwa itu. Ketibaan rakan-rakan setugas selepas beberapa minit kemudian telah berjaya memulih dan mengembalikan semula semangatnya yang telah hilang. 

Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah seram yang di alami oleh kawan-kawan yang hendak diuji, cumanya, ada yang hendak bercerita dan ada juga yang mendiamkan diri sahaja kerana takut akan menimbulkan kegelisahan kepada mereka yang lemah semangat.  
Begitulah cerita yang aku dengar tentang gangguan makhluk halus di pejabat aku ini. 

Jadi untuk melanjutkan cerita-cerita hantu yang seterusnya, di bawah ini aku bawakan dua kisah yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Kedua-dua kisah ini aku baca dari majalah Mastika. 

Jadi jangan buang masa, marilah kita sama-sama mengikuti kisahnya.....

Ooooopsss... Sebelum tu layan lagu ni dulu.... 



CERITA PERTAMA...(TAJUK YANG DIBERI OLEH PENGARANGNYA IALAH)
"JIKA "DIA" IKUT, SAYA TAK AMBIL"...  

Gadis itu terpana. Deretan pinggan mangkuk porselin yang disusun rapi dalam ruangan itu mudah menggamit pandangan mata. Pelbagai koleksi barangan antik lain yang sukar ditemui membulatkan lagi bola matanya.

"la bermula tahun 2005. Sewaktu ibu saya mula membuang set pinggan mangkuk porselin yang telah lama disimpannya. Dalam diam, saya kutip semula dan sembunyikan dalam bilik.

"Lama-kelamaan, bilik sudah mula penuh hingga tiada ruang hendak menyimpan. Hinggalah suatu hari ibu masuk ke bilik dan terkejut lihat koleksi pinggan yang telah dibuangnya semua tersimpan dalam bilik  saya," jelas lelaki yang mesra dipanggil ustaz oleh si gadis.

Dari situ, hobinya berkembang. Bukan sekadar ping­gan mangkuk, tapi dia mula mengumpul pelbagai koleksi barangan antik lain yang sukar ditemui. Daripada keris, pedang, tombak, andik, lesung batu, ukiran kayu, jam, teko, seterika, barangan tembaga, perhiasan zaman dulu dan banyak lagi.

Apabila ruangan dalam rumah tidak lagi mampu memuatkan ko­leksi simpanannya, lantas lelaki bernama Haji Mahadhir Ab. Rah­man, 32, membina sebuah rumah kecil berasingan di belakang rumahnya. 

Ruangan itu dikhaskan untuk menyimpan segala koleksi barangan klasik kepunyaannya. Bagaikan sebuah mini muzium.

Segala koleksinya dalam ruangan itu dijaga rapi. Malah, jangankan sesawang, habuk pun tiada. Begitu bersih. Hampir kesemua barangan antik itu masih baik dan boleh digunakan.

Bagaimana ustaz muda yang masih bujang dan bekerja dalam sektor kerajaan itu mampu menjaga ribuan koleksinya ini? Gadis itu bertanya.

Dia tertawa dan menjawab:"Masa terluang saya memang dihabiskan dalam ruangan ini. Seminggu sekali, saya akan bersihkan barang-barang ini. Tapi, tak laratlah kalau seorang diri. Selalunya saya minta tolong pada murid-murid yang datang mengaji di sini."

Melihat pelbagai barangan lama itu, si gadis terus bertanya. Bagaimana agaknya ustaz muda ini berdepan dengan para 'penjaga' barangan itu? Sekali lagi empunya diri tertawa. Kemudian menyambung cerita,,,

"Susah nak buang pendamping!"

Sebenarnya, Mahadhir tidak habis modal yang banyak. Jarang dia membeli sebaliknya, koleksi yang dimilikinya kebanyakannya diberikan orang. Malah, acap kali juga dia mendapat pemberian melalui alam ghaib sama ada melalui mimpi atau separuh sedar.

Mahadhir pernah bermimpi didatangi seorang lelaki berjubah putih yang berpesan agar menjaga sebatang tombak lama yang pernah digunakan sewaktu zaman Kesultanan Selangor pada abad ke-18. "Keesokannya bila saya bangun, saya lihat tombak itu sudah ada di tempat seperti yang diberitahu lelaki itu. Malah, sering kali juga saya mendapat keris dan batu melalui cara begitu. Kadangkala bila jaga dari tidur, batu yang diberikan dalam mimpi itu sudah ada dalam genggaman tangan," ceritanya lagi.    
  
Apa khasiatnya? Entahlah. Guru mengaji itu tidak berminat untuk mengetahuinya. Yang penting, barang yang sampai ke tangannya biarlah 'bersih' dan tidak mendatangkan gangguan. 

"Memang saya akui barang-barang lama begini ada pendamping. Selalunya kalau barang itu ada penjaga', saya akan tinggalkan barang itu di suatu tempat dahulu untuk dua atau tiga hari. 

"Adalah interaksi saya dengan ‘penjaga’ itu. Jika ia minta tinggalkan di suati tempat, di situlah saya akan letakkan barang itu. Bila sudah 'bersih', baru saya bawa pulang ke rumah. Jika 'benda' itu tak mahu pergi, saya akan tinggalkan saja barang itu," ujarnya yang tidak mahu barangan yang 'berpenghuni' kelak mengganggu ketenteraman keluarganya.

Ada sekali Mahadhir mendapat sebiji labu air dari sebuah rumah lama yang terbiar. Ada banyak 'penghuni' dalam labu itu. Setelah 'berbincang' dengan penghuni itu, Mahadhir kumpulkan kesemua mereka dan letak dalam bungkusan untuk dihanyutkan dalam air mengalir.

Lalu dia menyuruh salah seorang anak muridnya untuk mencampakkan bungkusan itu ke dalam sungai. Tetapi, anak muridnya hanya meletakkan bungkusan tersebut di bawah jambatan di tepi sungai. Akibatnya, malam itu anak muridnya menelefon kerana tidak tahan diganggu.

"Memang agak susah nak buang 'pendamping'. Tapi, disebabkan setiap hari saya dan murid- murid mengaji dan buat bacaan ratib di sini, 'benda' itu pun tak tahan hendak tinggal lama di sini sebab panas," katanya lagi.

Jadi, barangan lama ini semuanva bersih'?

Mahadhir anggukkan kepala pada pertanyaan gadis itu.

Fuhh! Gadis itu tarik nafas lega. Bolehlah jari jemarinya menyentuh barangan di situ. Kalau tidak, gerun juga dibuatnya. Tak fasal-fasal nanti ada pendamping ikutnya pulang ke Kuala Lumpur pula.

Kemudian, mata gadis itu terpandang bilik kecil di bahagian belakang. Dalam bilik itu hanya muat-muat sebuah katil lama bagai zaman dulu kala. Tanya si gadis lagi, apa pula cerita katil itu?

No comments:

Post a Comment