Tuesday, 3 November 2015


Sejak beberapa hari lepas tersebar di laman sosial sekeping gambar yang menunjukkan pelakon, Que Haidar dan keluarganya mengenakan kostum yang bertanduk seperti syaitan dan iblis di mana gambar berkenaan menjadi buah mulut peminat.

Rata-rata peminat mengkritik tindakan Que Haidar berkenaan kerana ia jelas sekali bertentangan dengan agama Islam yang dianutinya.

Kotum berkenaan dikatakan dipakai adalah bersempena dengan pesta Halloween yang disambut oleh masyarakat barat dan sudah pasti ia adalah haram disambut oleh umat Islam.

Pengguna Facebook bernama Mohd Zulkepli Omarberkata, "kawan aku Kristian pon tak sambut nie..dia cakap "Celebrating Halloween means menaklukkan jiwa sendiri pada Iblis tanpa kita sedari"

Selain itu, Pete Malone Petrus berkata "Aku kristian.... Sambut Halloween ditegah dalam agama aku."

Harimau Malaya pula berkata " Kesian Que Haidar ingat dah kawin leh berubah tapi bawa anak isteri jauh terpesong... dunia2 apa nak jadi."

Menyedari gambar itu telah menjadi bahan bualan netizen di media sosial, Que Haidar segera membuang gambar berkenaan daripada akaun Instagram miliknya.

Apapun sebagai seorang artis yang mendapat perhatian ramai, Que Haidar haruslah berhati-hati dalam memuatnaik gambar yang sensetif seperti itu, apa pun jika silap tidak salah kita menegur, tetapi tegurlah dengan berbudi bahas, bukan dengan kata-kata kesat.- Siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment