Tuesday, 17 November 2015

‘Bagi saya makan dulu’

Oleh Nur Saliawati Salberi 
nursaliawati@mediaprima.com.my
Melaka: “Tunggu sekejap, saya mahu makan dulu,” kata seorang lelaki dengan selamba selepas dia dan pasangannya ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki berkhalwat dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka, di sini, awal pagi semalam.
Malah, lelaki berusia 30-an itu juga langsung tidak cemas sebaliknya berselera menikmati nasi goreng dan membiarkan teman wanitanya yang juga warga Indonesia diambil keterangan oleh pegawai JAIM.
Gelagat selamba lelaki itu yang seakan-akan tidak mempedulikan kehadiran pihak berkuasa membuatkan pegawai JAIM terpaksa menunggu dia menghabiskan nasi goreng dan minuman sebelum menahannya.
Lelaki dan wanita itu antara 12 pasangan yang ditahan dalam Op Ambang Merdeka bermula jam 11 malam, kelmarin dan tamat jam 4.30 pagi semalam, selepas didapati berdua-duaan di dalam bilik hotel tanpa mempunyai ikatan sah atau muhrim.
Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani berkata, operasi khas sempena ambang medeka selama lima jam itu diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa JAIM Zurul Iman Zakaria bersama 15 anggota.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Artikel ini disiarkan pada : 
Selasa, 1 September 2015 @ 9:01 AM 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74384?m=1#sthash.9TpfMGQq.dpuf

No comments:

Post a Comment