Perisik UAE dihantar keluar dari Gaza

uae
GAZA – Sumber media di Gaza menyatakan bahawa seorang anggota dari delegasi Pesatuan Bulan Sabit Merah UAE telah didedahkan sebagai seorang perisik yang dihantar untuk melakukan risikan terhadap pejuang di Palestin.
Perisik yang disyaki seorang warganegara UAE itu telah ditahan dan disoalsiasat, serta mengakui cubaannya untuk merisik maklumat berkenaan lokasi pelancaran roket yang ditembak ke arah kumpulan penjajah Israel.
Tertuduh telah mengaku bekerja di bawah Lembaga Keselamatan UAE.
Kumpulan pejuang Palestin telah pun membebaskan perisik tersebut dan seluruh delegasi Bulan Sabit Merah UAE itu telah diminta untuk segera meninggalkan Gaza.
Sumber juga menyebut bahawa pembebasan keseluruhan delegasi tersebut adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya krisis diplomasi, yang boleh mengakibatkan perhatian teralih daripada penderitaan warga Gaza terhadap pengeboman dahsyat yang dilakukan penjajah Zionis.
Pihak berkuasa Mesir sebelum ini telah melarang kemasukan mana-mana misi perubatan luar dan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui laluan darat Mesir namun yang menimbulkan kesangsian adalah mereka membenarkan delegasi Bulan Sabit Merah UAE itu untuk memasuki Gaza melalui sempadannya.
Beberapa jam selepas kemasukan delegasi UAE itu, berita tersebar mengenai tindakan salah seorang ahli delegasi yang bertanyakan penduduk tempatan tentang tempat-tempat roket dilancarkan, dengan alasan tanpa maklumat ini ia akan menghalang kerja-kerja kebajikan mereka.

LEAVE A REPLY

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>