Anwar enggan dedah senarai nama MP lompat parti
August 28, 2014
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mendedahkan senarai nama ahli Parlimen yang dikatakan mahu melompat parti seperti yang digembar-gemburkan dalam rancangan 16 September.
Anwar, 67, ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan kes samannya terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, beliau tidak mahu dedahkan senarai nama-naman tersebut kerana tidak mahu memalukan individu-individu berkenaan.
“Saya tidak akan dedahkan,” katanya walaupun beberapa kali diasak dengan soalan yang sama oleh Muhammad Shafee.
Muhammad Shafee sebelum itu meminta Ketua Umum PKR itu mendedahkan 40 nama yang dikatakan akan masuk PR sehingga menarik minat Anifah menyertainya.
Peguam itu bertanya apakah Anwar mempunyai senarai nama mereka, dan memintanya mendedahkan senarai tersebut.
Anwar berkata, mendedahkan perkara itu di hadapan mahkamah adalah tidak adil buat masa sekarang sedangkan perkara berkenaan tidak pernah didedahkan di Parlimen.
Ketika sesi soal balas itu, Anwar bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau sebenarnya tidak mempunyai bilangan sebenar mereka yang akan keluar parti, namun jumlah itu adalah bagi usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.
Anwar berkata, dia ada menulis surat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan sidang parlimen khas bagi membuktikan dakwaannya, namun tidak Perdana Menteri tidak membalas surat berkenaan.
Anwar juga menafikan cadangan Muhammad Shafee bahawa rancangan 16 September hanyalah strateginya berdasarkan fakta yang tidak wujud.
Sementara itu, ketika pemeriksaan semula peguamnya, Razlan Hadri mengapa beliau enggan mendedahkan senarai nama ahli Parlimen yang akan lompat parti, Anwar berkata, perkara berkenaan tidak penting untuk kes saman fitnah itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid akan ditutup kerana Anwar merupakan saksi tunggal kes itu.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 29 Ogos ini (Jumaat) untuk pengurusan kes berkenaan.
Dalam saman yang difailkan pada Mei 2009, Anwar mendakwa Anifah mengaitkan namanya dalam tawaran Kabinet semasa sidang media di Washington bersama bekas setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton.
Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan selepas Mahkamah Rayuan pada 25 Januari lalu memerintahkan kes berkenaan dikembalikan semula ke mahkamah tinggi untuk dibicarakan.

Artikel Berkaitan
- Anwar tarik balik saman RM100j terhadap Syed Hamid
- Anwar enggan dedah senarai nama MP lompat parti
- Anwar: Saya tak tawar jawatan TPM
- Anwar: Umno 'serang' peguam, ganggu kes Fitnah II
- Rayuan akhir kes Anwar 28, 29 Oktober
- Anwar: Satu pembunuhan beramai-ramai
- Israel guna penculikan warganya halalkan serangan
- Anwar kutuk perang atas Palestin
- 8 Ogos tarikh pengurusan kes rayuan sabitan liwat
- Anwar, Azizah ziarah Abdul Hadi di IJN
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment