Dilihat : 21719
"Terus-terang saya dan Erra tidak berjanji untuk hadir dengan pakaian dari rona yang sedondon dan kebetulan sahaja warna kami sama pada hari itu,” jawab Awie mengenai baju raya sedondon rona merahnya bersama Erra Fazira.
Awie dan Erra masing-masing mengenakan baju raya rona merah ketika hadir sebagai tetamu program MeleTOP Throwback Raya baru-baru ini.
Rentetan itu, pasangan yang pernah bercinta ini kembali menjadi bualan dan perhatian peminat dan ramai pula mahu melihat mereka bersama kembali.
Awie yang ditemui di lokasi penggambaran filem Warna Cinta Impian di Cyberjaya pada Rabu, menjelaskan insiden baju sedondon itu hanya kebetulan dan tidak disengajakan.
Mengulas mengenai komen peminat yang mahu melihat mereka bersama kembali, Awie memberitahu Erra berhak untuk mendapat lelaki yang lebih baik daripadanya namun Awie akui jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Tuhan dan dia berserah.
"Biasalah, dari kami bercinta hingga putus tunang dulu, peminat tidak berhenti dan masih punya impian untuk melihat kami bersama, namun saya sudah lali dengan semua itu.
"Apa yang berlaku biarkan berlalu. Saya pasti, Erra sama seperti saya, fokus kami kini adalah untuk mencari rezeki buat anak-anak.
"Namun saya akui selesa berkawan dengan Erra cuma soal hati saya rasa belum lagi kerana saya rasa Erra berhak dapatkan lelaki yang jauh lebih baik dari saya.
"Tapi saya tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT," jelasnya lagi.
Mengenai perkembangan kariernya, Awie kini sedang menjalani penggambaran filem Warna Cinta Impian yang sudah bermula sejak 11 Ogos lalu. Menariknya dia dan Erra akan digandingkan sebagai pasangan kekasih selepas kali terakhir pada 20 tahun dalam filem Tragedi Oktober.
"Filem ini berkisar mengenai sebuah perkahwinan yang perlu diselamatkan oleh dua watak yang dijayakan oleh saya dan Erra. Selain itu untuk pertama kalinya, kami kembali bergandingan di dalam filem setelah sekian lama tidak berbuat demikian.
"Tapi bagi saya gandingan di dalam filem ini tidak terlalu mencabar seperti ketika kami menjayakan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya, baru-baru ini kerana ianya penggambaran yang agak pendek dan bukan secara live di hadapan penonton," ceritanya.
Filem produk pertama daripada syarikat Touchtronics Entertaiment Sdn Bhd itu turut menampilkan pelakon utamanya Erwin Shah Dawson dari Singapira dan Shiqin Kamal, selain Nelydia Senros

No comments:
Post a Comment