Monday, 4 August 2014

Anda di sini: Laman Utama | Hiburan »

Saya tak sambut raya kerana terlalu sibuk - Shahrukh Khan

email
comments
Saya tak sambut raya kerana terlalu sibuk - Shahrukh Khan
Shahrukh Khan - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Syawal kali ini sedikit berlainan bagi bintang Bollywood terkenal, Datuk Shahrukh Khan apabila dia dilaporkan tidak meraikan langsung kedatangan Aidilfitri.

Tidak seperti tahun lalu di mana aktor kacak ini telah mengadakan parti Aidilfitri di kediamannya di Bandra secara besar-besaran, namun difahamkan tahun ini dia begitu sibuk sehingga tidak sempat untuk  menyambut hari raya.

Menurut sumber, perkara itu bukanlah kerana ada sesuatu yang serius menimpa pelakon itu sebaliknya Shah Rukh kini sibuk membuat persiapan untuk filem terbaru lakonannya yang berjudul ‘Happy New Year’ arahan Farah Khan.

“Kebelakangan ini jadual Shahrukh Khan agak padat dan promosi untuk filem terbarunya juga sepatutnya sudah bermula.

“Ada beberapa lagi perkara yang harus dilakukan bagi memastikan rangka promosi filem itu berkesan dan berjalan dengan lancar.”katanya.

Dalam pada itu, pelakon itu juga telah merancang untuk mengadakan konsert jelajah dunia yang dinamakan sebagai ‘Slam!’ sempena mempromosikan filem tersebut.

Happy New Year yang sekali lagi menggandingkan Shahrukh Khan dengan aktres Deepika Pandukone telah diterbitkan oleh isteri Shahrukh Khan sendiri iaitu Gauri Khan.

Filem ini bakal ditayangkan sempena perayaan Diwali pada 23 Oktober nanti dan konsert jelajah dunia Slam! pula akan bermula di Houston, Amerika Syarikat pada 19 September diikuti dengan tempat-tempat lain seperti New Jersey, Toronto, Chicago, Vancouver and San Jose.

Menariknya, konsert jelajah dunia Slam! ini tidak hanya akan dijayakan oleh Shahrukh Khan bersama Deepika Pandukone semata-mata, tetapi ia juga turut menampilkan kesemua barisan pelakon Happy New Year yang lain. -- Astro Gempak

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my
 

Komen (1)

+3
avatar Anonymous
Anonymous· 1 hari tadi
Puase pon tak, nak beraye camne?

Kemukakan komen baru

No comments:

Post a Comment