Sunday 10 December 2017

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Sekadar berkongsi ruang dan peluang untuk kita membantu sekadar mampu.

Mohon Sumbangan Dana Pembinaan Masjid Baharu Masjid Al-Islahiah, KM28 Kuang, Rawang, Selangor;

YBhg Tan Sri / Puan Sri
YBhg Datuk Seri / Datin Seri
YBhg Dato' / Datin
YBhg Tuan / Puan,

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ!

Untuk makluman semua, qaryah Masjid Al-Islahiah yang merangkumi Perumahan Ladang Baru, Kg. Chempedak dan Kg. Damai di Kuang Selangor, akan dibangun  semula dengan sebuah Masjid Baharu untuk kemudahan umat Islam persekitaran, bagi memberikan keselesaan dan ruang yang lebih besar bagi menampung jemaah mendirikan solat Jumaat, solat Hari Raya dan solat-solat waktu yang lain.

Kos Pembinaan untuk meroboh dan mendirikan Masjid Baharu ini dianggarkan sebanyak RM7.5 juta di mana jumlah Jemaah yang boleh ditampung mencecah 1,600 Jemaah.

Oleh yang demikian Jawatankuasa pembinaan Masjid memohon jasabaik semua yang di atas, agar dapat menghulur seikhlas hati sumbangan kepada Tabung Pembinaan Masjid ini bagi membolehkan kerja kerja pembinaan dapat dijalankan dalam KADAR SEGERA.

Sumbangan ikhlas anda semua dianggap sebagai SAHAM AKHIRAT di mana ganjarannya akan dibalas oleh Allah subhana wa Taala.

Sumbangan boleh dilakukan seperti berikut :

Nama Akaun :
MASJID AL-ISLAHIAH

Nama Bank :
*MAYBANK Islamic*
No. Akaun :
562740140340

*CIMB Islamic*
No. Akaun :
8602869065

*Maklumat Lanjut Hubungi*
Hamidun B. A. Jalil
No. Tel : 013-372 2524.
Supandi B. Samin
No. Tel : 014-265 6607.
Zainuddin B. Mohammad
No. Tel : 019-272 4329
Rahman B. Ibrahim
No. Tel : 019-228 0359

Sumbangan anda semua amat dihargai.

Terima kasih.

P/S : MOHON VIRALKAN KEPADA SAHABAT SAHABAT SEISLAM.

INGATLAH ! SETIAP MEREKA YANG MENYUMBANG MELALUI VIRAL ANDA, PASTI MENDAPAT GANJARAN PAHALA DARIPADA ALLAH subhana wa Taala.

INSHAA ALLAH....

No comments:

Post a Comment