Monday, 10 April 2017

Friday, 7 April 2017
Jor karkun 4B/ulamak 2017 - bayan maulana musharraf 06/04/2017 - bayan maghrib sri petaling
Agama akan dtg kepada kehidupan umat hanyalah dgn usaha dakwah. Perkara yg pertama diusahakan ialah IMAN. Untuk dpt amal perlu iman. Taqwa utk mampu tinggalkan maksiat dan mungkar dan perkara yg dilarang oleh Allah. Kedua2 perkara tersebut perlu dimantapkan dlm hati manusia. Barulah akan dpt mentaati perintah2 Allah dan meninggalkan maksiat dan larangan Allah. Jika seseorang buat amal2 soleh, kedudukannya akan meningkat. Akan hampir pd Allah. Bila dia melakukan maksiat, dia akan turun ke bawah. Tidak wujud hubungan dgn Allah. Oleh itu, yg dikehendaki dlm usaha ini adalah wujudnya hubungan dgn Allah. Kedua2 sifat iaitu iman dan taqwa perlu diusahakan. Apakah taqwa? Ali r.a kata: 1. Takut kpd Allah yg Agung 2. Beramal dgn perintah Allah 3. Redha dgn sedikit drp harta 4. Bersedia utk hari berangkatnya bertemu Allah. Mati. Takut akan mendorong seseorang utk taat. Amalan dlm Quran jadi cara hidup. Redha dgn makanan yg sedikit. Rumah yg sederhana. Bila cari harta lebih banyak maka tak ada masa utk luangkan masa utk usaha agama. Oleh sebab itu kita kena berusaha utk IMAN dan TAKWA Dlm mempelajari iman, perlu 4 perkara: 1. Mempercantikkan iman 2. Menyempurnakan iman sampai ke paling tinggi 3. Menjaga iman 4. Memelihara iman dari sekarang sampai mati Iman tidak akan mantap dan meresap dlm hati melainkan dgn usaha dakwah. Selepas dpt iman, tak boleh duduk diam. Kena berhijrah dan bermujahadah dlm hijrah. Apa itu mujahadah? Meninggalkan apa yg kita sukai demi utk Allah dan utk agama Allah. Jika kita duduk diam, kita akan rosak. Diri kita akan rosak dan iman kita akan rosak spt air yg tidak mengalir. Air yg tidak mengalir, lama kelamaan akan rosak. Jika air yg mengalir, akan bersih dan membersihkan. Boleh guna utk masak dan basuh. Semua guna air. Air ini jadi sebab utk kebaikan Dgn sebab bergeraknya umat ini spt air, jadi sebab utk kebaikan. Air ini dtg dr awan dgn perintah Allah. Awan akan menurunkan hujan. Sentiasa berarak. Semata2 dgn perintah Allah. Awan ada sifat hijrah. Awan mengandungi air. Bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan. Air ini tinggi. Hujan turun ke bawah. Walau dia tinggi. Walau dia hijrah. Tapi dia rendah diri. Hujan ini ada sifat umumiyat. Pergi rumah org kaya, rumah org miskin, rumah pemerintah, tandas, tempat masak. Semua tempat hujan pergi Dlm umumiyat ada penjagaan. Selamat. Dlm kerja khusus tiada penjagaan. Bahaya. Sifat Air: bergerak & Umumiyat Oleh kerana air ini mempunyai sifat2 mulia. Allah pilih air menjadi asbab kehidupan. Begitulah kita juga mesti ada sifat2 ini . Bergerak - berhijrah . Tawadhuk - rendahkan diri . Umumiyat - jumpa semua org Kalau kita tak bergerak, kita umpama air yg bertakung. Ia akan rosak. Bukan saja rosak, ia juga akan merosakkan yg lain. Begitulah umat ini, jika tak bergerak, umat akan rosak dan akan merosakkan org lain. Bagaimana IMAN dpt diusahakan? Usaha iman ini berkekalan dari sekarang sampai mati. Kita perlu doa pada Allah supaya kita terus kekal atas iman. Kita perlu ambil iktibar dlm surah.....? Sifat2 manusia yg perlu ada : Langit, Gunung, Tanah, Unta Sifat unta : Bergerak. Sentiasa sedia utk bergerak dlm apa keadaan dan taat dgn tuan Khulasah dlm kerja agama adalah taat. Bila ada taat maka ada agama dlm kehidupan. Tak ada taat maka tak ada agama dlm kehidupan. Taat Allah, Taat Rasul, Taat Amir Taat akan datang bila ada mahabbah Mahabbah akan dtg dgn iman Iman akan dtg dgn dakwah Oleh itu kita perlu berusaha utk dtgkan sifat taat dlm kehidupan kita. Kita kena sentiasa mentaati Allah, Rasul dan amir. Kita mentaati markaz Nizamudin. Mahabbah adalah sebab utk dtg ketaatan. Ketaatan ini adalah satu cabang dari iman. Kita perlu sentiasa bersatu dan berkasih sayang sehingga Allah dgn limpah kurniaNya akan masukkan kita dlm syurga Antara tuntutan iman: Bertambahnya risau spt nabi2 dan rasul2 dlm diri kita. 1. Bagaimana nak selamatkan manusia dari neraka Allah utk selama2nya 2. Bagaimana nak memasukkan semua manusia ke dlm syurga Allah utk selama2nya Nabi2 sentiasa berfikir. Berterusan sedih. Fikir baginda s.a.w bukan utk keluarga semata2. Bukan utk org Mekah dan Madinah sahaja. Bahkan utk setiap umat. Oleh itu saya dan tuan2 kena fikir risau bagaimana fikir risau nabi2 bertambah dlm kehidupan kita Perkara yg ke-2 perlu diusahakan ialah KESATUAN HATI dan BERKASIH SAYANG Bila ada rasa kasih sayang, baru kita dpt bersatu. Kesatuan hati adalah perkara yg dituntut. Ia merupakan asas kpd usaha agama. Hadis Nabi: Jgn kamu dengki mendengki antara satu sama lain... Dlm usaha agama ada 3 asas: 1. Ijtimai khulub. Kesatuan hati 2. Ikhlas. Tak ada niat lain 3. Bermesyuarat. Mesyuarat dgn amanah. Beri pandangan dan memutuskan dgn amanah Maka kita akan jadi umat yg kuat dan agama akan sempurna. Allah melihat hati kita. Adakah hati kita ini bersatu atau berpecah. Sesungguhnya Allah tak melihat rupa paras tubuh badan kamu tapi Allah melihat pd amalan2 kamu. Allah tak lihat zahir kita samada kita miskin, fakir, buta huruf tapi Allah melihat pada hati kita. Adakah hati kita berkasih sayang dan bersatu. Walau miskin, Allah boleh pilih mereka menjadi sebab kebaikan tersebar keseluruh alam. Negara mereka, jemaah mereka,diri mereka diterima utk asbab tersebarnya kebaikan di seluruh alam. Oleh itu kita kena berdoa bersungguh2. Berusaha bersungguh2 utk kesatuan hati dan berkasih sayang. Kesatuan hati dan kasih sayang ini satu nikmat manakala berpecah merupakan musibah yg sgt besar dari Allah. Bersatu hati akan mendapat nusrah Allah Dlm perang badar: Nabi berdoa sepanjang malam. Keadaan mereka berkasih sayang dan bersatu hati. Mereka bertawakkul hanya sanya pada Allah. Asbab lain tak ada apa2. Ingatlah ketika kamu memohon bantuan Allah. Allah bantu mereka. 1000 malaikat dihantar bila mereka satu hati, kasih sayang dan bertawakkul. Org Ansar bangun: Kami takkan berkata spt kaum Musa. Pergilah kamu, kami tak akan ikut. Tapi bawalah kami. Kami taat pd tuan. Taat dan Kesatuan hati akan dpt nusrah Allah Dlm perang Uhud: Terangkat nusrah. Berlaku perpecahan. Berlaku kesilapan tentera memanah. Nabi kata kamu kena berada di atas bukit walau apa keadaan sekalipun. Dtg cinta dunia. Mereka telah khilaf. Mereka ingkar perintah Nabi. Nusrah telah terangkat. Org Islam kalah. Asbab perselisihan nusrah terangkat walaupun Nabi ada bersama2 di Uhud. Berlaku kesilapan, tak taat amir. Telah jadi 2 puak: yg ingin dunia dan yg ingin akhirat. Bila berpecah, nusrah terangkat walau Nabi dan sahabat2 unggul bersama. Oleh itu saya dan tuan2 kena doa bersungguh2 utk satukan hati2 manusia Nabi ajar kitaberdoa : Ya Allah satukanlah hati kami dan perbaikilah hubungan antara kami sesama rakan seusaha dan seluruh umat. Yang dengannya akan dpt bantuan ghaib dari Allah. Bagaimana kita akan dpt kesatuan hati dan kasih syg? Ianya takkan dtg dgn bayan & muzakarah. Ianya akan dtg dgn sifat2 dlm diri kita Allah telah beri bayan hidayat pada Nabi s.a.w. Dgn rahmat Allah semata2 kamu menjadi lemah lembut. Kita mesti ada sifat lemah lembut. Tanpa lemah lembut, kawan2 pun akan lari. Lawannya sifat kasar. Lidah cakap kasar dan hati keras maka tiada kasih sayang & belas kasihan. Jika baginda bersifat kasar, sahabat2 pun akan lari Jalan penyelesaian: -Lemah lembut -Maafkan mereka -Istighfar utk mereka -Mesyuarat dgn mereka Maka akan dtg nusrah Allah. Jadi lembut macam lidah. Jgn jadi keras mcm gigi. Lidah hanya ada satu. Gigi ada 32 batang dan semua keras. Yg keras ramai. Yg lembut sikit. Lidah ini selalu berjaga2. Silap je, gigi akan gigit dia. Oleh itu kita kena kurangkan cakap sia2. Cakap lebih, gigi akan ajar lidah. Akan kena gigit. Begitulah kita dgn rakan seusaha. Buat dgn lemah lembut. Maka usaha akan berjalan dgn baik. Lidah akan kekal sampai mati. Gigi yg keras takkan kekal sampai mati. Dah tua mula sakit gigi. Cabut 1 hilang. Umur bertambah lagi. 1 lagi sakit. Tak tahan. Jumpa dentist. Cabut lagi. Begitulah sampai tinggal gusi sahaja. Oleh itu kita kena berlemah-lembut dan merendah diri. Yg keras tak kekal. Sekejap dia josh gilerrr. Potong org sana. Potong org sini. Last2 dah tak nampak dah dia ni. Maka hendaklah kita berlemah-lembut. Kita juga perlu hidup dlm keadaan maaf-memaafkan. Setiap kita ada kesalahan. Tugas kita adalah memaafkan kawan2 kita utk dptkan kasih sayang. Apa sahaja kesilapan mereka, kita maafkan kerana Allah. Minta ampun bagi pihak mereka. Ini telah diajar oleh Baginda s.a.w. Org yg mampu utk minta ampun utk kawan2 mereka maka Allah akan bagi sifat kasih sayang. Nabi dikatakan berdoa selepas solat Allahumaghfirli Walil mukmini na wal mukminat Walil muslimi na wal muslimat utk semua sampai hari kiamat. Nabi istiqamah baca doa ini utk mohon keampunan utk semua org. Bila kita berdoa, maka kita jadi org yg nasih. Apa itu nasih? Nabi kata: Aku ini inginkan kebaikan utk kamu. Nasihat dlm bahasa Arab maksudnya kita inginkan kebaikan utk org yg kita nasihati. Dlm BM maksudnya berbeza. Kita mahukan kebaikan utk dia. Selamat di dunia. Selamat di akhirat. Org yg menjadi nasih hanya org yg berdoa utk keampunan semua selamat dari neraka masuk syurga Allah. Oleh sebab itu kiat kena ihtimam (ambil berat) utk doa keampunan. Bukan utk minta ampun sebab kita minum arak atau tinggalkan solat tapi kita Istighfar sebab kita tak sempurnakn hak yg sebenarnya dlm menyempurnakan usaha dakwah. Kita istighfar atas kekurangan dan kelemahan kita. Banyakkan doa pada Allah. Beristighfar bukan setakat diri kita. Gerakkan org lain jugak supaya mereka juga beristighfar dan bangun doa utk seluruh umat sampai hari kiamat. Jgn kita kecilkan doa kita. Dlm doa ada 3 perkara yg kita kena ihtimam: 1. Qabuliyah. Penerimaan. Allah pilih siapa yg dia mahu. Kita doa spt ababil pelihara kaabah. Hud2 dipilih utk org lain dpt hidayat 2. Doa kebesaran usaha agama masuk dlm hati. Bila sesuatu yg kita rasa besar. Kita akn berkorban utknya. Jika tiada kebesaran usaha agama maka kita akan buat segala keperluan2 yg lain dulu kemudian baru kt buat usaha agama. 3. Doa minta istiqamah dlm amal sampai mati. Istiqamah adalah satu perkara yg sgt mahal. Doa sehingga Allah akan jadikan kita kunci utk membuka kebaikan dan juga kunci penutup utk kejahatan Istiqamah yg dituntut dari kita macam gunung. Tak bergerak. Tetap. Tak terkesan dgn apa2pun. Gunung yg ditancapkan. Ribut ke. Banjir besar ke. Gempa bumi ke. Jgn jadi mcm daun, mula2 hijau, lepas tu kuning dan kemudian jatuh/gugur. Kekurangan harta tetap buat usaha agama. Kematian keluarga tetap buat usaha agama Sifat unta - taat Sifat langit - tawakkul Sifat tanah - sabar dan tahamul Sifat gunung – tak terkesan Kita mesti ada sifat: 1. Sabar 2. Tahammul (sedia menanggung kesusahan) 5 perkara Allah uji bila buat usaha dakwah: 1. Ketakutan 2. Rasa lapar 3. Harta akan kurang. Masa tak ada nak cari duit banyak 4. Berlaku kematian keluarga terdekat 5. Hasil2 tanaman. tak sempat bg masa banyak. Hasil kurang. Org pejabat dgn pejabatnya. Allah perintahkan Baginda s.a.w terus bersabar menanggung kesusahan. Bersabarlah kamu sbgmana nabi ulul azmi bersabar. Kesabaran spt Nabi Yusof a.s. Bagaimana sedaranya telah ikat dan campakkan dia ke dalam perigi buta. Apa maksudnya. Supaya dia mati. Salahnya satu saja. Yaakob a.s. sayang Yusof lebih. Sifat hasad abang2nya. Bantuan Allah dtg. Jibril dtg sambut. Jatuh tapi tak melecet, tak tenggelam Allah ajar jgn kamu mengadu keburukan kawan2 kamu kpd sesiapa. Aduan hanya kpd Allah. Bila dia keluar dari perigi buta. Dia di bawa ke Mesir. Setelah 40 thn. Dtg sedara2 dia minta pertolongan. Minta makanan. Mereka tak kenal Yusof a.s tapi Yusof kenal mereka. Yusof tak ungkit pun. Bahkan dia bantu meerka dan bagitau lagi jika kamu dtg lagi bawalah Bunyamin. Aku akan bagi lebih lagi. Jika Yusof mengungkit. Maka akan berlakulah kerosakan dlm keluarga Yaakob a.s. Bila kisah semua telah terungkap. Apa kata Yusof a.s : Hari ini tidak ada apa2 dosa atas kamu. Semoga Allah ampunkan kamu. Yaakob a.s pun hanya mengadu pada Allah. Yaakob a.s. diuji kehilangan anak. Mintak bantuan hanya pada Allah Yusof a.s.ada 3 sifat ini bila diuji: 1. Mengadu hanya pada Allah 2. Tak ungkit kesalahan 3. Memaafkan Inilah sifat yg perlu ada pd Da'i. Barangsiapa yg bertakwa dan bersabar. Allah takkan mensia2kannya. Dlm kisah Yusof a.s ada banyak sifat yg boleh diambil : taqwa dan sabar. Allah kurniakan Nubuwwah kpd yusof a.s dan Allah pilih beliau jadi menteri. . Hari ni dia kata dia sabar kpd orang lain. Dia ckp pada org sana. Dia ckp pada org sini. Dia sebenarnya tak sabar. Jika kamu bertakwa dan kamu bersabar maka tipu daya mereka tak dpt memudaratkan sedikitpun. Jika saya dan tuan2 ada 2 sifat ini, sesiapa pun tak dpt memudaratkan kita. Kisah kesabaran seorang wanita bila suami keluar 1 thn di jln Allah. Dia sediakan suami utk keluar di jln Allah. Bila suami keluar maka segala hal akan diusahakan sendiri. Biasanya suamilah yg ambil tanggungjawab makan, minum, pakaian, sakit dll. Tapi isteri faham. Dia tasykil suami. Dan suami pun keluar. 5 bln berlalu. Dtg hari raya. Anak2 gembira. Dimasak sedap2 lebih dari hari biasa. Si isteri fahamkan anak2 dia. Isteri tak ada keperluan lebih utk sambut hari raya. Dia bersihkan pakaian lama. Bahkan bertampung lagi. Anak2 keluar main. Kanak2 lain bergembira. Pakaian baru. Anak2 dia pakai baju buruk. Kanak2 lain tanya. Ini hari raya. Kenapa kamu pakai baju buruk. Di rumah kami ada makanan yg sedap2. Anak2 pun tak sabar apabila kawan2 mentertawakn mereka. Mereka pun balik tanya mak. Bukankah hari ni hari Raya. Emak kata : saya ibu kamu, saya pun mahu anak2 pakai baju baru, makan sedap2 tapi ayah kamu sedang keluar di jln Allah. Saya tak ada duit lebih. Fahamlah anak2, mereka pakai baju baru tapi bapa mereka tak keluar di jalan Allah. Yakinlah hari raya mereka di dunia. Esok dah habis. Tapi hari raya kamu di akhirat. Tiap2 hari di dlm syurga kamu raya. Kesabaran ini yg perlu ada dlm hati kita supaya kita dpt keluar di jln Allah. Siapa sedia tunai keluar 4 bln…

No comments:

Post a Comment