Sunday 19 February 2017

*KELEBIHAN SERBAN. MARI SEMUA KITA BELAJAR BESERBAN. SERBAN BUKAN HANYA PADA TOK GURU ATAU ORANG ALIM. TIDAK ADA DALIL PUN YANG MEMAKAI SERBAN KEPADA ORANG TERTENTU*
👳🏻👳🏻👳🏻👳🏻

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Serban merupakan mahkota bagi orang Arab, apabila mereka memakai serban, maka mereka telah memakai kemuliaan mereka."

Sabda Nabi S.A.W, "Berserbanlah kamu kerana sesungguhnya para Malaikat berserban."

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya sentiasa berdoa kepada orang yang memakai serban pada hari Jumaat."

Sabda Nabi S.A.W, "Perbezaan antara kita dan orang Musyrikin ialah memakai serban dan kopiah."

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Para Malaikat berdoa kepada orang yang memakai serban dan hadir untuk solat pada hari Jumaat."

Sabda Nabi S.A.W, "Dua rakaat orang yang memakai serban lebih baik daripada tujuh puluh rakaat tanpa serban."

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Berserbanlah kamu, sesungguhnya para syaitan tidak memakai serban."

Sabda Nabi S.A.W, "Serban itu sebahagian para Malaikat, maka lepaskanlah ekor serban di belakang kamu."

Rasulullah S.A.W. bersabda, " Lilitkanlah serban kamu, sesungguhnya para Malaikat melilit serbannya."

Sabda Nabi S.A.W, "Dilarang meletak serban di atas bahu dan disuruh memakainya."

No comments:

Post a Comment