Friday, 17 February 2017

Home »  » Patutla Dia nak Sangat tuntut cerai rupanya dia selera pak arab punya - luahan suami ditinggalkan isteri kerana cinta pak arab

Patutla Dia nak Sangat tuntut cerai rupanya dia selera pak arab punya - luahan suami ditinggalkan isteri kerana cinta pak arab

Saya bukanlah kaki vape..bukan smoker..bukan kaki perempuan..bukan kaki dadah, bukan kaki botol malah minuman gas pun saya tolak tepi..dan bukan juga kaki pukul. Selama sepuluh tahun usia perkahwinan kami sekali pun saya tidak pernah menjentik isteri apatah lagi memukul Isteri. Saya sama macam ayah orang lain yang hidup berkeluarga sederhana bersama zuriat 3 cahaya mata.




Pada Awal tahun 2015 semasa saya scroll fb isteri, pernah sy bertanya KEGUSARAN sy kepada isteri. “Kenapa ada mamat pak Arab ni selalu memuji2 kt comment fb melampau-lampau membuatkan sy rasa sedikit CURIGA membaca COMMENT FB isteri sy dipuji terlalu berlebih-lebihan.”

Isteri menjawab, “logik la sikit, kan jauh negara Arab tu..” Sy pun tak ambil kisah sgt, lagipun isteri sy mengajar sbg guru mata pelajaran pendidikan moral di sebuah sekolah menengah di ibu kota. Pandailah dia bezakan batasan sbg isteri bila bergaul di laman sosial.

Semakin hari sy lihat penampilan isteri berselfi semakin cantik menarik perhatian & sibuk dgn reply comment2 di media sosial. Lepas balik sekolah mengajar pukul 2 ptg, dia terus masuk bilik berehat sorang2 smpi ke mlm dgn sound notification comment FB tak henti2 berbunyi..sedangkan masa bersama keluarga sepatutnya diluangkan bersama suami dan 3 org anak diruang tamu. Dia hanya keluar bilik utk makan minum sambung lagi membuat kerja menyemak kertas student sambil melayan phone sampai 1.30 pagi. Bila Cuti sabtu ahad apabila isteri melakukan kerja-kerja rumah menyidai kain, kdg2 memasak, makan dimeja makan wajib ada phone disisi.

Saya ada menegur tentang aurat isteri, ‘hide’ kan maklumat seperti lokasi, no tel dan menyuruh kurangkn upload possing berlebih-lebihan di media sosial. Juga sy persoalkan knp status FB tak letak je dah married? Gambar anak2 dan gambar family tak ada pun dlm fb isteri? Ini akan membuka peluang kepada benda-benda yang tidak diingini boleh berlaku. Tiba-tiba akaun fb & Instagram sy diblock oleh isteri sendiri. Berkali2 meminta unblock tetap tidak diendahkan. Telefon isteri siap diset finger lock screen supaya semasa dirumah sy tak dpt melihat aktiviti & kawan sosial dlm phone tersebut. Jika saya menyuruh unblock semula, Pasti akan terjadi pergaduhan kecil dan tetap tidak membenarkan saya melihatnya.

Selang beberapa bulan Kebetulan adik & kakak ipar ada dirumah. Bersaksikan mereka juga saya sengaja meminta 4-5 kali password FB utk unlock FB saya. Tetapi ISTERI MASIH TETAP BERDEGIL BERAHSIA. Sy pun biarkan dan bersikap mengalah. Tak pe lah phone dia hak dia. Saya hairan, apalah yang nak BERAHSIA sangat. Kenapa phone saya boleh je letak sepah kat mana-mana. Kalau Nak checklah sampai tujuh hari tujuh malam pun tak pe. Klu betul-betul JUJUR dgn pasangan apa yang nak dirahsiakan?? Ermmm.

Untuk mengambil hati isteri, saya membawa isteri dan anak-anak 3 hari bercuti. Lagi pelik apabila di dalam kereta, isteri tidak lagi mahu duduk di seat sebelah saya tetapi sentiasa memilih duduk di seat belakang. Sesuatu yang jarang-jarang dibuat sebelum ini. Sedang kami bersiar2 dengan anak-anak, si isteri masih bersikap hambar & sibuk mengadap media sosial di telefon bimbit dia. Aduhaii..

Kemuncak konflik semakin ketara apabila sy tidak lagi dpt menghantar isteri ke sekolah sepertimana rutin sy lakukan sejak 9 tahun lalu. Isteri juga mempunyai kereta myvi sendiri yg lama tidak digunakan. Faktor kewangan menyebabkan sy berusaha mencari pendapatan yg lebih dgn bekerja agak jauh di bangi Selangor disamping berniaga online.. manakala isteri memandu sendiri ke sekolah/tempat kerja.

Kalau diimbas dari dulu lagi berbekalkan motor buruk inilah saya support menghantar isteri sebagai private tuisyen mengajar ke rumah-rumah di sekitar jln gasing, petaling jaya, klang lama..mengedarkan brosher utk kelas tuisyen dia..smpilah isteri mendapat tawaran perguruan ke UPSI perak. Saya jugalah yang berulang alik selama 2 tahun dari pantai dalam ke perak lebih kurang jarak 140km seminggu sekali,daftar kolej pegi balik sehinggalah isteri bergelar guru tetap di sekolah menengah berhampiran mount Kiara KL sehingga kini. Pak Guard sekolah tu pun dah kenal sangat dgn kereta saya yang pagi petang menghantar isteri bertahun-tahun di situ.

Semakin hari sikap isteri semakin nampak lain. Sedang kami makan bersama di gerai thai di bukit angkasa, kedengaran bunyi phone isteri ditangan..tiba2 shj boleh bangun meninggalkan meja makan balik ke rumah sedangkan sy dan anak masih belum habiskan makanan. ”Amboii tak boleh ke nak tunggu suami habis makan dulu.” Sy juga sebenarnya dah rindu dgn riuh rendah anak-anak bising kat seat belakang dan dgr isteri membebel kat dlm kereta sebagai terapi telinga. Tapi isteri tetap memilih menggunakan kereta masing-masing.

Lagi sikap isteri agak ketara sejak biasa memandu kereta sendiri. Balik lewat pukul 10mlm dri tengok movie & shooping 1-2kali seminggu. Bila ditanya dri mana? Jln dgn sape? Dia menjawab “buat apa nak sibuk-sibuk?” Hebat betul jawapan isteri kpd sy. Memang dia betul2 berubah. Berlaku pertengkaran mulut sehingga isteri menghubungi bapa mertua untuk mengadu. Apa yg sy maklumkan, sy nk hantar isteri pegi kerja seperti dulu kerana mencurigai sesuatu.

Keesokkan harinya mood marah isteri berlarutan. Ketidakpuasan ini semakin memuncak bilamana hal2 kecil sehingga besar, ketidakpuasan hati selama 10 tahun hingga ke hari ini & Kekurangan ketidakmampuan sy diungkit2. Isteri mengamuk seperti hilang akal kerana kemahuannya utk dibuka kunci tambahan di keretanya tidak dituruti. Sy sengaja memasang taktik kunci tambahan pd keretanya dgn tujuan sy dapat menghantar dia ke sekolah semula keesokkan harinya. Ini bertujuan supaya saya berpeluang duduk berbincang berdua dgn isteri untuk menyelesaikan kemelut yang hadapi. Tapi isteri seolah-olah menutup pintu perdamaian.

Malangnya Isteri menjadi berang. Kerusi, Botol kaca, pasu bunga, habis pecah berantakkan diatas lantai. Isteri jadi baran seperti cuba nak menyerang. Sy cuba mengelak dgn memegang kedua belah tangan isteri dgn kuat agar saya tidak dicederakan. Kesan gengaman kuat tangan menyebabkn isteri tidak mampu melawan. Pengawal keselamatan dtg naik ketingkat rumah akibat suara isteri menjerit-jerit seperti histeria menggangu jiran-jiran sekeliling. Isteri membuat police report dgn melaporkan ada kesan lebam dilengannya. Kerana isteri tahu selama 10 tahun usia perkahwinan, sekali pun saya tak pernah memukul atau mencederakan orang yang melahirkan 3 zuriat kpd saya. Mungkin dgn police report “lebam kat lengan” yg kebetulan ini akan menguatkan alasan isteri untuk meminta cerai.

Isteri terus tidak pulang ke rumah. Lari berpindah menumpang ke rumah sewa adik beradiknya. Ini bukan setakat keluar rumah tanpa izin suami tapi dah lari terus tak balik-balik. Beberapa kali saya menjejaki untuk membawa dia pulang dgn cara membawa anak kepadanya, malangnya dia tetap mengelak dan menutup handphone.



Sy merasa tertanya2 dan confiuse Takkan disebabkan “SY INGIN MENGHANTAR ISTERI KE TEMPAT KERJA/SEKOLAH MENJADI PUNCA GADUH BESAR SAMPAI NAK CERAI BERAI? MCM TAK LOGIK?” Isteri ada juga pulang sebentar utk mengambil pakaian & brg peribadi..dan berkali-kali juga menghantar whatsapp menuntut diceraikan..! Dia kata menyesal berkahwin dgn saya.

Saya diugut sekiranya dia tidak diceraikan..sy tidak mendpat hak penjagaan anak2, rumah yg di beli atas nama dia akan dijual dan hasil jualan rumah tidak dibahagikan kpd sy walaupun sy yang membayar ansuran rumah dri awal sehingga kini. Jika saya engkar dia akan menggunakan lawyer untuk membuat tuntutan perceraian yang memakan lebih lama.

Sy semakin buntu dan menyuruh dia bertenang dulu sementara duduk berasingan utk redakan keadaan dan mendapatkan khidmat kaunseling. Dia tetap menolak utk TIDAK memberikan tempoh masa. Dia terus bergegas ke mahkamah syariah bersendirian dan memfailkan perceraian dgn alasan “tiada persefahaman”. Tapi dlm andaian saya, tak pelah…mungkin isteri terlalu marah sangat tu, masih ada 3kali Iddah lagi kalau nak rujuk balik tanpa akad pun..

Pada 1 OCTOBER 2015. semasa hadir di Mahkamah syariah jalan duta kuala lumpur. Saya DIINGATKAN oleh isteri agar tidak perlu cakap apa2 melainkan lafaz cerai shj. Di dewan mahkamah Sy dapati ada 9-10 pasangan.

Kebanyakkan pasangan isteri muram sedih..tapi tak adalah sampai nangis teresak-esak mcm kes fasha sanda dlm melody. Sebelum lafaz dimulakan sy sempat dibenarkan bersalam dgn isteri untuk kali yang terakhir. Maka bergegarlah Arash Allah di atas desakan Si isteri utk bercerai. Untuk anak-anak papa HISYAM, ISYA, IMAN Sebelum kamu lahir, bukan ini Tujuan & Pengakhiranya papa mengahwini mama kamu. Dengan berat hati dan terpaksa saya mulakan dgn nama Allah & istigfar 3X..

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM..
ASTAGHFIRULLAHALAZIM..
(Aku memohon ampunan kepada Allah yang Maha Agung)
ASTAGHFIRULLAHALAZIM..
(Aku memohon ampunan kepada Allah yang Maha Agung)
ASTAGHFIRULLAHALAZIM..
(Aku memohon ampunan kepada Allah yang Maha Agung)

“Dengan ini saya menceraikan isteri saya SURIANI BINTI ROSLI dengan talak satu” (Bukan nama sebenar).

Setelah selesai sesuatu yang pelik terjadi, sy dapati selepas saya melafazkan cerai di hadapan hakim..ramai hadirin memandang wajah (yang kini sudah bergelar “BEKAS ISTERI”) tersenyum kegembiraan yang sudah lama saya rindu nak tengok..sy pun merasa ada sesuatu yg aneh.

Balik ke office sy meminjam akaun fb kawan untuk stalk FB ISTERI. Ini kerana fb saya sejak awal TAHUN 2015 hari tu dah diblock oleh isteri sendiri.

Astaghfirullahalazimmmmm…
Selama ini isteri berbohong rupanya…!!!!!!
Patutlah dia bermati-matian menuntut cerai secepat & sesegera yg mungkin..!! Pak Arab yg dulunya yang pernah memuji-muji berlebih-lebihan dalam facebook isteri..rupanya telah lama menjalinkan hubungan sulit jarak jauh dibelakang sy iaitu sejak tarikh 26 FEB 2015 lagi. Sedangkan Perceraian adalah pada 1 OCTOBER 2015???

INI BERMAKNA SELAMA 9 BULAN ISTERI CURANG DIBELAKANG SAYA. Patutlah hanphone di rahsiakan sehabis mungkin, facebook di private kan, malah sikap,body language, cara bercakap, layanan endah tak endah, hambar & ada sahaja yg tak kena..patutlah sanggup berani lari dari rumah & sungguh-sungguh sangat mintak nak bercerai cepat..dan sudah tentu hati perasaan sayang & fokus isteri tidak lagi kepada keluarga malang ini tetapi dah terpaut suka kepada lelaki itu. ADA PLAN TERATUR DGN BALAK ARAB RUPANYA !

Malah Gambar SELUAR & KASUT CONVERSE ISTERI juga ada diupload di wall fb pak Arab ni. Dalam hati sy “Ini mcm colour, design, kasut bini aku” Ini kerana kami sekeluarga mempunyai Brand & design kasut yang sama setiap seorang. SEDANGKAN “pada tarikh gambar diupload itu” Isteri sy MASIH LAGI TINGGAL SEBUMBUNG BERSAMA SAYA. MAKNANYA MEREKA TELAH LAMA MENJALINKAN HUBUNGAN DIAM-DIAM DGN BERTUKAR-TUKAR GAMBAR??

Selepas beberapa minggu perceraian iaitu pertengahan NOVEMBER 2015 LEPAS, Saya teringat ceramah usatat Azhar Idrus, yang org perempuan akan lembut hatinya bila dihulurkan pitih/duit. Jadi saya ada memberikan duit belanja dan backup nafkah bercerai sebanyak RM 10,000 Kepadanya. Tetapi taktik saranan Ustat ini tidak membuahkan hasil. Kerana susulan dari itu, perkara yang menarik perhatian si isteri ialah kepada LELAKI ARAB YG DIKENALINYA DIAM-DIAM SEMASA MASIH MENJADI ISTERI SAYA. Tertera “Location check Point facebook” PAK ARAB PENDATANG ni SUDAH BERADA DI MALAYSIA, Iaitu di klang selangor.

Pada firasat anda, apa TUJUAN dia datang dari Mesir ke Malaysia?? Ini sudah tentu untuk memberi support moral kepada Bekas Isteri dan MERAIH KEJAYAAN PERANCANGAN SULIT MEREKA yang kini bekas isteri saya sudahpun berstatus “Available/single/Janda” dan BEBAS utk di nikahi…ALLAHURABBIII…

Pada Bulan berikutnya pula, disember 2015 iaitu cuma HANYA SEBULAN LEBIH Selepas perceraian kami. “BEKAS ISTERI” meninggalkan ketiga-tiga nak kepada saya untuk di jaga. Kini bekas isteri pula mengambil peluang bercuti panjang sempena cuti tahunan sekolah untuk bermadu cinta ke NEGARA PADANG PASIR EGYPT yang diketahui Negara berkonflik.

Percutian apa yang menyeronokkan di negara bergolak?? Sepanjang 13 tahun saya mengenali bekas Isteri, Setahu saya TIDAK PERNAH pula dia mempunyai talian persaudaraan atau keluarga angkat yang berada jauh sampai ke Mesir?? Malah tahukah anda kos tiket kapal terbang SELAMA 11 JAM PERJALANAN dan KOS MENGINAP HOTEL semasa cuti sekolah hujung tahun antara kos percutian yang paling mahal sehingga memakan RM3,000.00 x 2 org = RM 6,000.00.

Bagaimana hanya BARU BERKENALAN dari media sosial facebook dengan BALAK ARAB ini BERANI BERBELANJA BESAR untuk SANGGUP datang ke sana.?? Bukankah lebih baik duit itu digunakan untuk membantu merawat kos Ibu dia yang menghadapi penyakit buah pinggang kronik di SEJINGKAT kuching sarawakberbanding membazirkan wang melepaskan kerinduan dgn KEKASIH SI PAK ARAB ni yang bernama “Abdullah Mohammed dari Egypt”.

Dan Yang lebih menyakitkan hati SEDANG SAYA MASIH DALAM MOOD SEDIH tinggal keseorangan, mereka SENGAJA MENGAMBIL gambar “couple” berlatarbelakang Patung Egypt dan DIJADIKAN sebagai gambar profile instgram masing-masing. Sah ini bukan gambar super impose/Fake/dummy. Sebab bukti ole-ole pek makanan memang ada dibeli dri Egypt di bawa balik ke kuala lumpur. Jadi BENAR BEKAS ISTERI MEMANG TELAH MENJEJAK KAKI KE SANA!!

Allah saja tahu perasaan sy sebagai suami yang telah HAMPIR 10 TAHUN menjadi pendorong Kpd kejayaan dia sekarang TERUS DILUPAKAN. PERHUBUNGAN CINTA SULIT MEREKA YANG berusia Kurang dari setahun Ini BERJAYA DIRAHSIAKAN DARI SAYA SUAMI YANG SAH melalui Facebook yang SENGAJA di block sekian lama.

Inilah akibatnya bila terlalu BERSANGKA BAIK dgn menyanjung status pekerjaan si isteri yang bergelar pendidik..LAGI-LAGI DARI SUBJEK PENDIDIKAN MORAL?? MORAL SEPERTI INI KAH YANG BAKAL DI AJAR KEPADA ANAK DIDIK GENERASI IT KITA??

Ini bermakna KETIGA-TIGA anak saya kelak akan dijaga BERSAMA dgn BAKAL BALAK ARAB BANGSA ASING NI. Dan kesimpulannya senang-senang je BALAK ARAB PENDATANG yang MENGGUNAKAN VISA/PASSPORT ini masuk ke MALAYSIA menyusup dalam family saya, MERAMPAS HARTA BERHARGA saya iaitu isteri dan anak-anak yang sepatutnya milik jagaan saya.

Di pihak saya pula, sehingga kini 2016 saya masih TIDAK PERNAH SESEKALI pula terfikir nak membawa keluar berjoli atau bergambar dengan mana2 wanita atau pasangan baru SEPERTIMANA “SECRETE MISSION” yang dilakukan oleh KEDUA-DUA MEREKA.

Lagi yang menguris hati saya, isteri sendiri dengan bangga memuat turun kata-kata mabuk cinta sayang di wall FB Balak Arab bangsat asing ini sedangkan pada tarikh posting tersebut memaparkan ikatan perkahwinan saya dgn isteri masih BELUM TERBATAL/BELUM SAH CERAI mengikut peruntukan undang-undang keluarga Islam di negara ini. DisebabkanPAKATAN SULIT ini mula terbongkar, kini saya dapati, kedua-dua mereka telah pun bersepakat BERSAMA-SAMA MEMADAM AKAUN FB masing-masing bagi mengelakkan RANCANGAN HUBUNGAN SULIT YANG DI BINA DGN MERUNTUKAN RUMAHTANGGA SAYA ini di ketahui umum. ALLAH ITU MAHA BESAR..!!! Adalah BALASANNYA kalau bukan disini PASTI DI SANA NANTI. Diharap diberikan petunjuk & hidayah jika Allah memberi kesempatan bertaubat.

KEPADA 2.6 JUTA RAKYAT MALAYSIA yang kaki fb, kaki stalker, kaki hackers mungkin boleh try stalker fb, message, instagram akaun pak arab bangsat asing ini. Adakah pak arab ini menggunakan ilmu pikat santau, jampi, ilmu hitam untuk memikat wanita-wanita melayu negara kita sehingga mendorong bekas isteri sy sanggup bermain kayu tiga & sanggup berbelanja sendiri pergi ke negara padang pasir sana?? WALLAHUALLAM..

Mudah mudahan Luahan ini dapat dijadikan pengajaran kepada kaum suami diluar sana. Bukan sahaja anak2 muda remaja yang perlu di pantau di media sosial.. Malah Isteri2 atau pasangan yang lagi 5 tahun akan mencecah usia 40 tahun ini juga tidak berkecuali kelicikkannya..

Tidak hanya disebabkan isteri/suami anda berstatus kerjaya guru, pengetua, staff kerajaan pangkat DG bertingkat2 atau apa pun. Awasi fitnah facebook yang membuka jalan CURANG @ KETIDAKSETIAAN kepada pasangan yang mana suami bakal kehilangan isteri disayangi….anak-anak pula menjadi mangsa kehilangan tumpuan kasih sayang perhatian & belaian ibubapa. Anak perempuan saya yang masih berumur 4 tahun apabila ditanya pasal mama. Dia senyap seperti terganggu emosi. Kemudian ditanya kenapa mama nak kawin dgn laki-laki lain? Saya pun tak tahu nak jawab. Mungkin Anda boleh tolong jawabkan. Ini lah kesan akibat P E R C E R A I A N..

Lebih-lebih lagi masjid & mahligai yang telah lama kami bina selama 10 tahun TIBA-TIBA SAHAJA RUNTUH HANCUR RANAP SEPERTI DIPASANG BOM LEDAKKAN BERANI MATI DARI NEGARA EGYPT.

Kisah sejarah sedih saya bukan untuk mengaibkan sesiapa. Tetapi bolehlah diambil pengajaran ketidakjujuran oleh pasangan hidup anda sama ada sedar atau tidak. Jika anda bergelar suami, apakah perasaan anda jika Kesetiaan anda dikhianati, kepercayaan penuh anda di curangi, cinta kasih sayang 100% anda dipijak-pijak oleh pasangan hidup anda sendiri. Terima kasih kepada orang yang pernah saya hantar & doakan kejayaannya untuk menjadi seorang cikgu pendidikan moral yang berjaya akhirnya dibalas dgn menghianati pasangannya sendiri. Kepada yang masih mempunyai keluarga bahagia jadikanlah pengajaran dan hikmah dari coretan ini.

TERIMA KASIH CIKGU…





 Thanks for reading & sharing Berita Underground


Read more: http://beritaundergroundd.blogspot.com/2017/02/patutla-dia-nak-sangat-tuntut-cerai.html#ixzz4Z0XWNUK9

No comments:

Post a Comment