Saturday, 4 February 2017

Ade sorg kakak ni.. Muke biasa. Kulit gelap. Idung xmncung. Mata pon sepet. Bdn pon besa. Katanya bert die 125kg lbih gak.. Tp mmpunyai suami yg sgt2 baik. Pki kopiah . ade rupe . penyayang . janggut sejemput. Tutur kata lembut layan kerenah isteri dia tu. Sembg2 ngn akak tu. Mmg die sebenar nye cantek kt dalam.. Baik org nye. Rupa hanya lah jelmaan luaran. Dalamn jua dipandang org. Isteri adalah cerminan suami. Cantek suami mu cntek lah kamu. Elok suami mu. Elok lah kamu. Beriman suami mu maka beriman lah kamu. Ahli syurga suami mu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya.  Whai sang suami, Jika kamu merasa isteri mu sgt leceh,mnyusah kan, keras kepala atau sebagai nya. Maka itulah diri kamu sndri..

btol kata prof muhaya. Perempuan yg pling malang adalah perempuan yg salah memilih suami. Kasihan.paras nya cantek di luar. Sudah nya dilayan seperti sampah. Bkn salah sang isteri. Atau mgkin mmg betul salah nya. SALAH MEMILIH SUAMI.

* Tertarik dengan kata2 Prof Muhaya "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.. sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.." Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata2 sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.

Nampak remeh hal ni.. tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah2an dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat.

Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia... untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga ?

"Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah.."

*Copy and Paste

No comments:

Post a Comment