Thursday, 16 February 2017

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم....

*AKIBAT MENGABAIKAN UGAMA*

*أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ قَرْنٍ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّنْ لَكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِمْ مِدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَنْشَأْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ*

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain”.
(Surah al-An’am 6)

Di dalam ayat ini, Allah telah memperingatkan kita bahawa kehancuran umat-umat terdahulu adalah kerana dosa-dosa yang mereka lakukan walaupun negara mereka makmur dan mewah.

Pengabaian syariat Allah yang berterusan menyebabkan kita berdosa kepada Allah. Apabila berleluasa dosa di atas muka bumi ini maka Allah swt mendatangkan musibah, bala bencana dan juga kehancuran.

#Kebinasaan dari Allah bukan semestinya dalam bentuk gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, tanah runtuh, penyakit dan sebagainya. Ia boleh berlaku dalam bentuk *keruntuhan akhlak,* *kemiskinan akidah,* *peningkatan kemalangan,* *peningkatan jenayah,* *tekanan hidup yang melampau,* *porak-perandanya institusi kekeluargaaan,* *kejatuhan nilai ringgit,* *kesempitan rezeki,* *kezaliman pemerintah dan pelbagai lagi musibah maknawi yg merosakkan ketenteraman hidup walaupun kita selesa dan mewah dari sudut kebendaan.*

_*INGATLAH*_
Hari ini kita sedang berhadapan dengan bibit-bibit kebinasaan dalam bentuk yang kedua tersebut. Jika kita lambat menyedari kesilapan kita dan lambat kembali kepada Allah, tidak mustahil kita akan melihat kebinasaan yang lebih teruk akan berlaku dalam masyarakat kita.

Marilah sama-sama kita kembali kepada Allah dan RasulNya yakni dengan mengamalkan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya serta takut untuk melakukan dosa serta maksiat dan pastikan pemerintahan dalam negara berpaksikan syariat Islam.

_*Ya Allah, jauhkan kami dari bala yang lebih besar sehingga kami tak mampu menanggungnya. Aameen ya Robbal 'alameen*_

No comments:

Post a Comment