Remaja wanita 17 tahun di Sungai Petani rela diratah 5 lelaki demi kekasih..
Sungai Petani: Seorang gadis dengan rela sanggup membiarkan tubuhnya ‘diratah’ lima lelaki semata-mata untuk mendapatkan bekalan dadah bagi teman lelakinya.
Gadis berusia 17 tahun dari Kampung Paya Jenun, Pendang, dikatakan lari dari rumahnya 18 Januari lalu dan satu laporan polis dibuat oleh bapanya berusia 39 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, bapa mangsa bersama empat sepupunya pergi ke rumah di Taman Permai Utama, Gurun, selepas mengetahui anaknya berada di situ hasil maklumat awam.
Mangsa kemudiannya ditemui oleh keluarganya di rumah itu kira-kira 3 pagi Ahad lalu dan mendakwa dirogol enam lelaki.
“Ketika dalam perjalanan ke Balai Polis Gurun, mangsa mendakwa dia dirogol enam lelaki, tiga daripadanya dikenali,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, hasil siasatan awal mangsa mengaku melakukan hubungan seks lebih 10 kali dengan teman lelakinya secara sukarela.
“Lebih menggemparkan, mangsa juga menceritakan dia turut melakukan seks bersama lima rakan teman lelakinya kerana kasihan dia tidak mempunyai wang untuk membeli dadah.
“Mangsa sanggup melakukan seks semata-mata untuk mendapatkan dadah untuk teman lelaki secara sukarela,” katanya.
Md Zukir berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemeriksaan kesihatan.
“Polis membuka siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment