Monday 19 December 2016

Permainan harga ni memang xkan menguntungkan sapa-sapa. Orang jual rm30, awak jual Rm20. Orang jual 20, awak jual Rm10. Orang jual Rm10, awak bagi free je 😂😂.. Ingat ni, jangan sesekali merendah-rendahkan mutu barang jualan kita dengan meletakkan harga membunuh. Last-last barang awak jual tu takkan ada nilai di mata customer. Tengok sabun kopi. Dulu2 orang jual rm30 rilex je. Lama-lama start dah permainan harga ni. Dari rm30, turun jadi Rm10, turun lagi Rm5 and now Rm1 je oiii. Tapi Rm1 pun orang dah taknak beli sebab produk dah tiada nilai di mata customer.

Tak semua yang pilih harga over kualiti. Macam saya sendiri, saya tak berkira pun dengan harga bila nak beli sesuatu , asalkan kualiti barang yang saya dapat setimpal dengan duit yang saya keluarkan. Jangan rosakkan harga pasaran dan jangan merendah-rendahkan martabat produk yang awak jual.

Takpe untung seringgit pun asal lepas harga modal. Takpe untuk awak , sebab nak support diri sendiri je. Macam mana dengan rakan peniaga yang lain yang nak support 1 family? Anak 5 orang, mak ayah yang sakit lagi, cukup tak rm1 untung tu? Nak jual harga standard dah xboleh ,sebab semua main harga letak harga membunuh. In the same time, awak dapat dosa free sebab menzalimi rakan peniaga yang lain dengan merosakkan harga pasaran.

Renung-renungkan ye, malas nak cakap pasal berkat dengan xberkat , semua boleh fikir sndiri 😊 Kalau bermanfaat, silakan share tak perlu mintak izin ye.

Contoh saja...!

No comments:

Post a Comment