Saturday, 26 November 2016

NGV AKAN PULIH SEAWAL 2017.

Sedikit pencerahan kepada sahabat-sahabat yang semakin tertekan dengan isu NGV, dan merasakan Persatuan tidak berbuat apa-apa.

Mengikut maklumat yang saya terima dari pihak Petronas Dagangan Bhd, bahagian Pengurusan Jabatan NGV, beberapa stesen NGV terpaksa di tutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan, kerana terdapat beberapa kompenan didalam mesin penyalur gas NGV harus diganti demi keselamatan semua pihak.

Kejadian letupan di stesen NGV Johor pada Oktober lalu memberi impak besar kepada Petronas, maka itu Petronas terpaksa mengambil pendekatan memeriksa semua stesen NGV mereka, dan hasilnya sebahagian besar stesen NGV mereka perlu di tutup sementara bagi kerja-kerja menaiktaraf.

Petronas adalah sebuah syarikat besar yang tidak akan berkompromi akan aspek keselamatan, namun begitu Petronas melahirkan rasa kesal dan simpati diatas kesulitan yang terpaksa dihadapi pelangan mereka, khususnya pemandu teksi.

Sehubungan dengan itu, Petronas akan cuba memulihkan semula semua stesen NGV mereka selewat-lewatnya sehingga akhir tahun 2016. InshaAllah

Sekian.

KamalPERS1M

No comments:

Post a Comment