Monday, 7 November 2016

CABARAN
Bagi seorang yang beriman, tidak wujud perkataan kecewa, bosan, merajuk atau putus asa di dalam kamus hidupnya. Untuknya, setiap langkah ke hadapan adalah satu kejayaan, kerana pada setiap usaha yang dilakukan ada ganjaran daripada Allah. Sampai ataupun tidak di penghujung matlamatnya adalah ketentuan Allah. Begitulah kemanisan yang ada di sebalik tawakkalnya, yang mendorongnya untuk terus bangkit daripada apapun kegagalan awal yang dihadapinya. Orang yang beriman akan terus mengatur langkah untuk berjalan ke hadapan, walaupun sepanjang dia berjalan itu terdapat kemungkinan akan terjatuh. Sebaliknya dia merasakan satu kerugian yang amat besar jika memilih untuk tidak melangkah, hanya kerana takut akan terjatuh ketika melangkah.

Oleh itu, saudara, teruskan usaha dan kesungguhan untuk menjadikan hidup kita mulia dan bermakna. Jangan berputus asa jika ada perancangan kita yang masih gagal. Lebih-lebih lagi jangan menyalahkan orang lain, dan usah menyalahkan takdir atau keadaan jika masih ada kejayaan yang belum dapat digenggam tangan. Apapun latarbelakang hidup kita, bagaimana kelam sekalipun hari semalam kita, Allah tetap menjanjikan kejayaan untuk kita, jika kita terus bersungguh-sungguh di dalam usaha kita dan di dalam doa kita kepadaNya.

Ambil iktibar daripada kehidupan para nabi dan rasul, terutama sekali yang ada di dalam sejarah hidup Baginda Rasulullah s.a.w. Hidup Baginda yang penuh dengan pelbagai ranjau sejak dilahirkan ibunya lagi, tidak pernah dijadikan alasan untuk tidak bangkit melaksanakan tanggungjawab dalam menyebarkan rahmah dan kebaikan. Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim tidak berbapa. Ibunya, dan kemudian datuknya yang menjaganya, meninggal dunia ketika Baginda masih kanak-kanak lagi. Baginda disakiti kaumnya sendiri dan dituduh dengan pelbagai cemuhan ketika mengajak mereka untuk beriman kepada Allah. Baginda kehilangan isteri dan pakcik, dua insan yang menjadi tunggak perjuangannya pada ketika dan keadaan yang sangat getir. Baginda terpaksa berhijrah meninggalkan negeri tempat tumpah darahnya yang amat dicintai. Setelah bermastatutin di Madinah, Baginda Rasulullah s.a.w tetap perlu berhadapan dengan pelbagai ujian dan cubaan. Ancaman musuh dari luar dan dari dalam Madinah dihadapi dengan penuh ketabahan.

Pernahkah Nabi berputus asa, saudara? Pernahkah terkeluar keluhan dari mulut Baginda menyalahkan takdir? Pernahkah kita mendengar Nabi menyalahkan orang lain di atas keperitan yang dilaluinya?
Sebaliknya, Baginda Rasulullah s.a.w bangkit mengubah segala kekurangan hidup dan sekitaran yang seolah-olah tidak memihak kepada Baginda itu menjadi sebuah sejarah lagenda hebat dengan kemenangan mulia yang dianugerahkan Allah.

CHALLENGES
It is normal to be tested with challenges as we strive to better ourselves or attain our dreams. But for the believers, words like bored, disappointed, to sulk, or to give up, do not exist in their dictionary. Instead, every step forward is a success for him, because Allah will reward every effort. Allah determines whether or not he will reach the end, or attain his objective. That is the sweetness of the concept of tawakkal – it motivates one to rise after facing failures. A believer will plan his steps so that he will continue to move forward, even with the possibility of falling. In fact, he will feel that it is a big loss to not take any steps simply because he is haunted by the possibility of failure.

Hence, continue to strive diligently to add more meaning to our lives. Do not give up even if our plans fail. And do not ever blame others, fate or the situation if we have yet to attain success. Whatever our backgrounds, and no matter how dark our days were, Allah promises success for us if we continue to be diligent in our efforts and in supplicating to Him.

Learn from the lives of the Prophets and Messengers, especially from the sirah of Rasulullah s.a.w. His life was full of challenges from the time he was born, yet he never used them as excuses not to move forward. Nor did he use them as barriers from fulfilling his responsibilities in spreading me

No comments:

Post a Comment