Wednesday, 5 October 2016

Butterworth - Padang Besar
Disebabkan rmai yg dok tny mengenai Train to Padang Besar...mai cni ceq nk cita serba ckit benda yg ceq tau... Kalau rajin bleh baca jurnal pjg ceq ni...xmo baca skip jaa....๐Ÿ˜ Kalau ada salah bleh bgtau...sbb ni hanya berdasarkan pengalaman ceq jaa ๐Ÿ˜‰

 ๐Ÿš„Komuter Butterworth ↔ Padang besar
 ๐Ÿ“Tiket Dewasa RM11.40 ; Kanak2 4thn keatas /warga emas RM5.70. (Sehala sj yea...)
 ๐Ÿ“Tiket komuter tak boleh dibooking pada tarikh yg lebih awal sbb kena dbeli pada tarikh yg sama anda nak naik.
 ๐Ÿ“Open seat...sapa cepat dia punya seat kalau full kena diri lerr
 ๐Ÿ“Agak panas/ kurang rasa econ tmbh2 kalau penumpang rmai. Hari tu duduk kt seat yg agak bau hancing ๐Ÿ˜ท
 ๐Ÿ“Berhenti disetiap stesen. Tapi kena cepat sbb pintu tren terbuka sekejap jaa...kalau nak turun kt stesen2 kecik baik standby siap2 kt depan pintu
 ๐Ÿ“Tiada toilet atau cafe.
 ๐Ÿ“Ekonomi sbb tiket jauh lebih murah

๐Ÿš… ETS Butterworth ↔ Padang Besar
๐Ÿ“ Tiket Dewasa RM29 ; Kanak2 4thn keatas/ warga emas RM19 (sehala sj yea...)
๐Ÿ“Tiket boleh dibooking lebih awal dr tarikh
๐Ÿ“Tiket ada nombor seat untuk setiap penumpang so xyah berebut/berdiri dgn penumpang yg lain
๐Ÿ“Selesa, ada skrin tv, skrin penunjuk stesen tambahan econ pun sejuk jaa kalau tak tahan baik standby sweater
๐Ÿ“Berhenti hanya distesen2 tertentu
๐Ÿ“Ada 2 toilet & 1 cafe
๐Ÿ“Tiket agak mahal kalau ramai anak kaum kerabat jenuh nak bayar๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

 Tiba di stesen Padang Besar anda boleh pilih nak jalan kaki atau naik teksi.
  ๐Ÿš• Keluar dari platform kalau nak naik teksi anda perlu pilih laluan ke bahagian teksi. 1 teksi sewa dalam Rm15-Rm20...tapi rmai yg memilih untuk berjalan kaki sbb jarak ke tmpt shopping tak jauh sgt pun...lebih kurang dlm 10-15min jaa...
 ๐ŸšถKalau nk jln kaki amik laluan bertentangan dari laluan teksi..anda akan jumpa jejantas yg tinggi merentangi landasan ketapi...dari atas jejantas tu anda dah bleh nmpk dah tmpt shopping padang besar/arked niaga tu...
 ๐ŸŒžDinasihatkan membawa begpack sbb lebih senang nk bw botol air, payung lipat & rayban sbb cuaca agak panas...pakailah kasut yg agak selesa..jgn pkai heel plk yea ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Ps; kalau ada bajet lebih, dinasihatkan masa nk balik tu amik laa ETS sbb anda akan rasa penat sgt lepas seharian anda shopping/ window shopping tmbahan kalau anda ada bawa ank/ budak kecik... Mak budak pun penat weyyy....
Nak elak kesesakan luar biasa p sblm org dapat gaji....sure tak rmai sgt org ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Kredit : Suhaini Khamis

No comments:

Post a Comment