Monday 10 October 2016

BERITA DOMESTIK Ramai drebar teksi angkat kaki? By Salihin Rahim




Nampaknya ramai drebar teksi mula memikirkan untuk bertukar pekerjaan berikutan persaingan sengit daripada perkhidmatan perkongsian-perjalanan atau e-panggil seperti Uber dan Grab. Lapotan The Sun Daily menyebut bahawa dianggarkan seramai 10,000 pemandu teksi konvensional di Lembah Klang mungkin telah mengembalikan teksi mereka kepada syarikat-syarikat masing-masing sepanjang bulan lepas sahaja.

Banyak syarikat-syarikat teksi dikatakan telah cuba menggalakkan pemandu teksi untuk mengekalkan kerjaya dan kenderaan mereka dengan menawarkan diskaun besar-besaran dalam kadar sewa setiap hari sejak enam bulan yang lalu. Dikatakan juga bahawa sejak Mei lepas, syarikat-syarikat teksi telah mengurangkan bayaran muka untuk menyewa teksi bajet daripada RM8,000 dan seorang penjamin kepada bawah RM2,500 tanpa penjamin. Sewa harian juga telah dikurangkan kepada RM40 sehari kini daripada RM55 sebelumnya untuk sebuah kereta Proton Persona.

“Kebanyakan pengusaha teksi dan syarikat telah melaporkan bilangan pemulangan kenderaan yang besar,” kata Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Bumiputra Semenanjung(Perbumi) Datuk Mohd Alias Abdul yang memberitahu The Sun hari ini. Ia melibatkan bukan hanya teksi lama, tetapi juga teksi yang baharu.
“Di antara 10% dan 30% daripada jumlah bilangan teksi (35,000) di Lembah Klang telah dikembalikan kepada pengendali mereka dalam tempoh tiga hingga empat minggu lalu,” katanya. Beliau menambah bahawa ini adalah kerana sejak pengenalan aplikasi perkongsian-perjalanan, pendapatan pemandu teksi ‘telah melihat penurunan sebanyak 40%.

Mohd Alias berkata, terdapat juga beberapa kes di mana kenderaan yang ditarik balik oleh pengendali kerana bayaran sewa yang tertunggak beberapa bulan.
“Kami berikan mereka (pemandu) banyak kelonggaran. Sesetengah daripada mereka mempunyai bayaran tertunggak lima atau enam bulan walaupun kita memberi mereka notis dan amaran,” katanya.

Jurucakap pengendali teksi New Supercab Sdn Berhad yang hanya mahu dikenali sebagai Valerie mengesahkan bahawa terdapat peningkatan yang besar dalam pemandu mengembalikan kenderaan mereka dan kenderaan yang ditarik kerana sewa tertunggak, terutama dalam beberapa bulan yang lalu.
“Saya bercakap dengan beberapa pemandu kami, dan kebanyakan mereka menyatakan ia sukar bagi mereka untuk menghadapi persaingan daripada Uber dan Grab, dan  pendapatan mereka kini tidak mencukupi untuk diri mereka sendiri,” katanya.
Tinjauan yang dibuat oleh The Sun di bangunan syarikat itu di Glenmarie, Shah Alam juga mendapati kira-kira 200 teksi, kebanyakannya dikembalikan, yang diletakkan di sekitar kawasan itu dan di padang bersebelahan.

 Maju teksi untuk Negara...
Hasil pencapaian yang luar biasa ...setelah SPAD di tubuhkan...
Kita ucapkan Besar Tahniah pada tan Seri Syed Hamid Albar...di atas kecermelangan menteranformasi kan taxi dari baik menjadikan yang Terbaik !!! πŸ˜…

No comments:

Post a Comment