Thursday, 23 June 2016

Taxi VS Uber
Taxi VS Uber
Kecoh juga bila cup cake yang secotet direbut ramai-ramai. Pemandu Teksi di bandar dah kena berkongsi hasil pendapatan dgn prebet sapu Uber dan Grabcar. Sudahnya pemandu Teksi sampai mogok.
1. Customer Teksi dan Grabcar gunakan app yang sama. Pengguna tentu akan bandingkan kedua-duanya, mana yg lebih murah akan jadi pilihan. Ini tentulah TAK memihak kepada Teksi. Lainlah kalau harganya sama.
2. Method kawalan kualiti. Cara old school yg dikenakan kepada pemandu Teksi tu macam-macam; inspection kereta, permit, dan bla bla. Cara Uber dan Grabcar ialah proses pendaftaran, insentif dan proses penyingkiran. Kurang belanja keluar oleh pemandu. Hasilnya ramailah yg berminat untuk jadi pemandu samada fulltime ataupun parttime.
3. Kenderaan. Teksi menggunakan kenderaan yg menggunakan bahan api petrol dan NGV untuk meminimakan overhead. Prebet sapu yg cerdik gunakan kereta enjin hybrid atau kereta injection yg jimat petrol.
Suatu method tu tak terpakai selama-lama. Manusia sentiasa cari method baru untuk suatu masalah.
Dulu Teksi. Hari ni ada Uber dan Grabcar.
Cara old school tahan teksi tepi jalan. Cara hari ni guna app di smartphone.
Cara terdahulu utk jimat petrol ialah guna NGV. Hari ni cara hybrid.
Ada banyak peraturan baru diperkenalkan untuk memaksimakan kutipan cukai. Dan ada banyak juga idea baru untuk bekerja lebih smart. Orang yg berpegang cara old school akan kena tindas.


Tak perlu bising dan harap orang berikan solusi. Berfikirlah, cari solusi. Just my two cents.

No comments:

Post a Comment