Wednesday, 8 June 2016

Kisah Seram Misteri Wad Bersalin

Malam Jumaat seronok juga baca cerita seram ye tak?? Aku terlambat sikit nak post entri ni sebab ada beberapa kesulitan dalam memahami bahasa si pengirim. Aku harap pengirim ni akan ubah sikit cara penulisan dia supaya senang aku nak memahaminya. Baiklah. Kisah seram misteri wad bersalin ini melibatkan diri jururawat dan seorang perempuan mengandung yang mati ketika melahirkan anak. Kisah seram ini adalah kisah benar yang di alami oleh diri jururawat berkenaan. Jom teruskan membaca kisah seram yang penuh misteri ini. Kepada yang bekerja di wad bersalin aku harapkan korang baca pada siang hari.

Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Pengenalan

misteri wad bersalin wanitaAssalamualaikum admin ni lagi satu kisah seramdaripada saya. Masa ni lepas habis study. Saya di tugas kan kat hospital bahagian wad bersalin. Terpaksa dirahsiakn. Sebab takut nanti kena saman.
Masa tu saya ingat lagi. Malam tu saya ditugaskan di wad bersalin. Wad bersalin ni ada satu lorong sahaja. Bila kita jalan sepanjang lorong tu. Ada bilik untuk yang kelas 2. Di sebelah kanan kalau jalan terus lagi ada wad wing A dan sebelah kiri wing B.
Malam tu saya kerja kat wad bersalin kelas 1 dan kelas 2. Saya masuk kerja pukul 8. Dah habis briefing semua dan saya rutin check semua pesakit. Adalah seorang patient ni. Dia suka berjalan. Saya tegur dia. Saya cakap rehat ibu mengandung tak boleh berjalan jauh². Nak pula dia tengah sarat mengandung dan berisiko. Dia suka datang kat kaunter tempat saya dan kawan² duduk situ. Nak buat kerja kena tulis report semua. Kawan saya tengah bagi susu kat bayi yang baru lahir. Dia berborak dengan kami semua.
Nak dijadikan cerita, sepanjang dalam wad bersalintu akak ni suka sangat sembang dengan saya. Dia suka cakap muka saya macam adik dia. Saya cakap, "ye ke.." Saya senyum je lah. Malam tu saya check dia. BP dia ok, semua ok. Bila saya check dia sebelum² ni selalu dia makan limau. Saya tanya dia, "kenapa suka makan limau.." Dia cakap memang buah ni buah kesukaan dia. "Nak limau x??" Tapi saya tak nak sebab saya tak suka. Dia hanya senyum je kat saya..
Esok kebetulan masa shift saya tu dia sakit nak bersalin.. Saya check baru buka 2 cm.. Kena tunggu lagi 3, 4 cm bru boleh hantar ke labour room.. Kebetulan pula saya punya shift dah habis. Esok tu saya cuti tiga hari sebab abang saya kahwin.. Lepas naik cuti tu patut saya naik petang.. Tapi dek kerana kawan saya ni ada kecemasan, saya kena ganti dia masuk shift malam…

Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Seram


No comments:

Post a Comment