Sekarang ni, kat pejabat aku tersebar cerita hantu, katanya ramai yang dah jumpa hantu yang sering memandang dengan pandangan yang tajam memerhatikan orang yang hendak diganggunya. Tak kira di mana tempat, ada yang terjumpa dalam tandas, dalam pejabat, dan ada juga yang ternampak di atas bumbung semasa sessi latihan sukan di belakang bangunan beberapa tahun lalu.
Cerita salah seorang dari mereka begini, setelah selesai bersukan pada petang itu, ada sebahagian dari mereka yang masih duduk berbual-bual di padang sebelum bersurai, ketika itu hari sudahpun senja kira-kira jam 7.15 petang. Secara tidak sengaja, salah seorang dari mereka terpandang ke atas bumbung, lalu ternampaklah hantu yang sedang berdiri di atasnya dengan rupa yang amat menyeramkan. Pandangannya tajam walaubagaimanapun rupanya tidak berapa jelas dan samar-samar, maklumlah hari pun semakin gelap. Semua mereka bertempiaran lari menuju ke dalam pejabat dan ada sebahagian dari nya yang sudah bersedia dengan beg pakaian semasa turun bersukan tadi terus berlari ke kereta dan motosikal masing-masing untuk segera pulang ke rumah kerana takut diganggu.
Sejak dari itu, barulah kami tahu rupa-rupanya di bangunan pejabat kami ni 'berhantu'.
Aku ingat cerita itu habis di situ saja!!! rupanya tidak, kerana masih ramai yang ternampak akan kelibatnya. Kami pernah mengadakan bacaan Yassin selama 3 minggu berturut-turut baru-baru ini, kerana salah seorang staf (tingkat dan Bahagian terpaksa dirahsiakan) telah meracau-racau dan jatuh sakit akibat kena gangguan dan sehingga kini ia dikatakan masih belum pulih sepenuhnya dan telah diberi cuti rehat. Sehingga ini usaha kami diteruskan kerana masih lagi diganggu. Aku diberitahu bahawa seorang ustaz yang terkenal telah dipanggil untuk memulihkan pejabat kami dalam masa yang terdekat ini.
Cerita terbaru yang aku dengar pula, seorang staf mendengar seperti ada seseorang sedang membasuh pakaian dan mandi di dalam tandas. Kejadian itu berlaku di antara jam 7 hingga 7.30 pagi, sebelum waktu pejabat bermula pukul 8, Setelah diamati dan diperiksa di semua tandas lelaki dan wanita, ternyata tidak ada sesiapa pun yang berada di dalam tandas membasuh pakaian dan mandi pada pagi itu. Cerita ini cepat tersebar kepada semua staf dan pekerja-pekerja yang bekerja di dalam bangunan dan kejadian ini telah menimbulkan rasa takut kepada semua mereka terutamanya kaum wanita. Ada yang tidak berani lagi hendak ke tandas berseorangan melainkan berteman.
Aku juga pernah terdengar seorang kawan bercerita. Pada suatu hari dia datang bekerja pada hari Sabtu (hari Sabtu dan Ahad, pejabat kami cuti) kerana ingin menyiapkan tugas-tugas yang belum selesai, Lebih kurang sejam selepas ia masuk pejabat berseorangan dan sedang bertugas, ia mendengar bunyi bising di luar pintu pejabatnya dan terdengar suara kanak-kanak lebih dari seorang sedang berlari dan bermain kejar-kejaran sambil ketawa. Ia merasa hairan dan tertanya-tanya dalam hati, "siapa pula yang membawa anak-anak datang bekerja di hari cuti"?
Dengan memberanikan diri, ia cuba menyiasat, tetapi setelah diperiksa di semua tempat, ia dapati tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan ada staf yang datang bekerja dan membawa anak pada hari itu. Kejadian ini sangat menyeramkan. Tapi kawan aku ini seorang yang berani dan tidak menghiraukan akan kejadian yang baru dialaminya itu lalu meneruskan tugas-tugasnya hingga selesai.
Kisah yang lain pula, seorang kawan datang awal pagi lalu masuk ke pejabat. Setelah meletakkan beg dan mula hendak membuka suis komputer, secara tidak sengaja ia terpandang seakan-akan kepulan asap halus berwarna putih sedang berarak perlahan-lahan melintasi bilik pegawainya. Ia yang terkejut akan apa yang dilihatnya itu terus tergamam dan terpaku di atas kerusi yang didudukinya dengan perasaan gementar. Asap halus itu terus berarak perlahan-lahan menuju ke pintu utama dan terus lenyap dari pandangan matanya. Walaupun kawan aku ini bukanlah seorang yang berani, mujurlah ia tidak pengsan melihat peristiwa itu. Ketibaan rakan-rakan setugas selepas beberapa minit kemudian telah berjaya memulih dan mengembalikan semula semangatnya yang telah hilang.
Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah seram yang di alami oleh kawan-kawan yang hendak diuji, cumanya, ada yang hendak bercerita dan ada juga yang mendiamkan diri sahaja kerana takut akan menimbulkan kegelisahan kepada mereka yang lemah semangat.
Kisah yang lain pula, seorang kawan datang awal pagi lalu masuk ke pejabat. Setelah meletakkan beg dan mula hendak membuka suis komputer, secara tidak sengaja ia terpandang seakan-akan kepulan asap halus berwarna putih sedang berarak perlahan-lahan melintasi bilik pegawainya. Ia yang terkejut akan apa yang dilihatnya itu terus tergamam dan terpaku di atas kerusi yang didudukinya dengan perasaan gementar. Asap halus itu terus berarak perlahan-lahan menuju ke pintu utama dan terus lenyap dari pandangan matanya. Walaupun kawan aku ini bukanlah seorang yang berani, mujurlah ia tidak pengsan melihat peristiwa itu. Ketibaan rakan-rakan setugas selepas beberapa minit kemudian telah berjaya memulih dan mengembalikan semula semangatnya yang telah hilang.
Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah seram yang di alami oleh kawan-kawan yang hendak diuji, cumanya, ada yang hendak bercerita dan ada juga yang mendiamkan diri sahaja kerana takut akan menimbulkan kegelisahan kepada mereka yang lemah semangat.
Begitulah cerita yang aku dengar tentang gangguan makhluk halus di pejabat aku ini.
Jadi untuk melanjutkan cerita-cerita hantu yang seterusnya, di bawah ini aku bawakan dua kisah yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Kedua-dua kisah ini aku baca dari majalah Mastika.
Jadi jangan buang masa, marilah kita sama-sama mengikuti kisahnya.....
Ooooopsss... Sebelum tu layan lagu ni dulu....
CERITA PERTAMA...(TAJUK YANG DIBERI OLEH PENGARANGNYA IALAH)
Ooooopsss... Sebelum tu layan lagu ni dulu....
CERITA PERTAMA...(TAJUK YANG DIBERI OLEH PENGARANGNYA IALAH)
"JIKA "DIA" IKUT, SAYA TAK AMBIL"...
Gadis itu terpana. Deretan pinggan mangkuk porselin yang disusun rapi dalam ruangan itu mudah menggamit pandangan mata. Pelbagai koleksi barangan antik lain yang sukar ditemui membulatkan lagi bola matanya.
Gadis itu terpana. Deretan pinggan mangkuk porselin yang disusun rapi dalam ruangan itu mudah menggamit pandangan mata. Pelbagai koleksi barangan antik lain yang sukar ditemui membulatkan lagi bola matanya.
"la bermula tahun 2005. Sewaktu ibu saya mula membuang set pinggan mangkuk porselin yang telah lama disimpannya. Dalam diam, saya kutip semula dan sembunyikan dalam bilik.
"Lama-kelamaan, bilik sudah mula penuh hingga tiada ruang hendak menyimpan. Hinggalah suatu hari ibu masuk ke bilik dan terkejut lihat koleksi pinggan yang telah dibuangnya semua tersimpan dalam bilik saya," jelas lelaki yang mesra dipanggil ustaz oleh si gadis.
Dari situ, hobinya berkembang. Bukan sekadar pinggan mangkuk, tapi dia mula mengumpul pelbagai koleksi barangan antik lain yang sukar ditemui. Daripada keris, pedang, tombak, andik, lesung batu, ukiran kayu, jam, teko, seterika, barangan tembaga, perhiasan zaman dulu dan banyak lagi.
Apabila ruangan dalam rumah tidak lagi mampu memuatkan koleksi simpanannya, lantas lelaki bernama Haji Mahadhir Ab. Rahman, 32, membina sebuah rumah kecil berasingan di belakang rumahnya.
Ruangan itu dikhaskan untuk menyimpan segala koleksi barangan klasik kepunyaannya. Bagaikan sebuah mini muzium.
Segala koleksinya dalam ruangan itu dijaga rapi. Malah, jangankan sesawang, habuk pun tiada. Begitu bersih. Hampir kesemua barangan antik itu masih baik dan boleh digunakan.
Bagaimana ustaz muda yang masih bujang dan bekerja dalam sektor kerajaan itu mampu menjaga ribuan koleksinya ini? Gadis itu bertanya.
Dia tertawa dan menjawab:"Masa terluang saya memang dihabiskan dalam ruangan ini. Seminggu sekali, saya akan bersihkan barang-barang ini. Tapi, tak laratlah kalau seorang diri. Selalunya saya minta tolong pada murid-murid yang datang mengaji di sini."
Melihat pelbagai barangan lama itu, si gadis terus bertanya. Bagaimana agaknya ustaz muda ini berdepan dengan para 'penjaga' barangan itu? Sekali lagi empunya diri tertawa. Kemudian menyambung cerita,,,
"Susah nak buang pendamping!"
Sebenarnya, Mahadhir tidak habis modal yang banyak. Jarang dia membeli sebaliknya, koleksi yang dimilikinya kebanyakannya diberikan orang. Malah, acap kali juga dia mendapat pemberian melalui alam ghaib sama ada melalui mimpi atau separuh sedar.
Mahadhir pernah bermimpi didatangi seorang lelaki berjubah putih yang berpesan agar menjaga sebatang tombak lama yang pernah digunakan sewaktu zaman Kesultanan Selangor pada abad ke-18. "Keesokannya bila saya bangun, saya lihat tombak itu sudah ada di tempat seperti yang diberitahu lelaki itu. Malah, sering kali juga saya mendapat keris dan batu melalui cara begitu. Kadangkala bila jaga dari tidur, batu yang diberikan dalam mimpi itu sudah ada dalam genggaman tangan," ceritanya lagi.
Apa khasiatnya? Entahlah. Guru mengaji itu tidak berminat untuk mengetahuinya. Yang penting, barang yang sampai ke tangannya biarlah 'bersih' dan tidak mendatangkan gangguan.
"Memang saya akui barang-barang lama begini ada pendamping. Selalunya kalau barang itu ada penjaga', saya akan tinggalkan barang itu di suatu tempat dahulu untuk dua atau tiga hari.
"Adalah interaksi saya dengan ‘penjaga’ itu. Jika ia minta tinggalkan di suati tempat, di situlah saya akan letakkan barang itu. Bila sudah 'bersih', baru saya bawa pulang ke rumah. Jika 'benda' itu tak mahu pergi, saya akan tinggalkan saja barang itu," ujarnya yang tidak mahu barangan yang 'berpenghuni' kelak mengganggu ketenteraman keluarganya.
Ada sekali Mahadhir mendapat sebiji labu air dari sebuah rumah lama yang terbiar. Ada banyak 'penghuni' dalam labu itu. Setelah 'berbincang' dengan penghuni itu, Mahadhir kumpulkan kesemua mereka dan letak dalam bungkusan untuk dihanyutkan dalam air mengalir.
Lalu dia menyuruh salah seorang anak muridnya untuk mencampakkan bungkusan itu ke dalam sungai. Tetapi, anak muridnya hanya meletakkan bungkusan tersebut di bawah jambatan di tepi sungai. Akibatnya, malam itu anak muridnya menelefon kerana tidak tahan diganggu.
"Memang agak susah nak buang 'pendamping'. Tapi, disebabkan setiap hari saya dan murid- murid mengaji dan buat bacaan ratib di sini, 'benda' itu pun tak tahan hendak tinggal lama di sini sebab panas," katanya lagi.
Jadi, barangan lama ini semuanva bersih'?
Mahadhir anggukkan kepala pada pertanyaan gadis itu.
Fuhh! Gadis itu tarik nafas lega. Bolehlah jari jemarinya menyentuh barangan di situ. Kalau tidak, gerun juga dibuatnya. Tak fasal-fasal nanti ada pendamping ikutnya pulang ke Kuala Lumpur pula.
Kemudian, mata gadis itu terpandang bilik kecil di bahagian belakang. Dalam bilik itu hanya muat-muat sebuah katil lama bagai zaman dulu kala. Tanya si gadis lagi, apa pula cerita katil itu?
"Oh! Katil itu saya bawa pulang dari sebuah rumah pusaka yang terbiar di Kuala Pilah. Saya minta izin dari warisnya. Kata pewarisnya, mereka sendiri takut hendak masuk apatah lagi mengambil barangan lama dalam rumah itu," jawab Mahadhir.
Dia yang tertarik dengan katil besi klasik itu membawanya pulang ke rumahnya di Pasir Panjang, Port Dickson. Malam itu semasa tidur, Mahadhir bermimpi didatangi lembaga hitam yang besar yang marah kerana mengambil katil itu. Lembaga itu memijak-mijak tubuhnya.
"Saya hanya terjaga bila ibu mengejutkan kerana mendengar saya terjerit-jerit. Walaupun mimpi, tapi tubuh saya terasa sakit-sakit. Pernah saya pujuk lembaga itu untuk pergi, tapi dia enggan," jawabnya lagi.
Jadi, katil besi itu masih ada 'tuannya'? Si gadis mula rasa seram seram sejuk.
"Katil itu sudah 'bersih'. Jangan risau," jawabnya dalam senyuman. Tunggu sebentar. Dahi si gadis berkerut. Bukankah tadi Mahadhir memberitahu dia gagal memujuk lembaga hitam itu pergi. Jadi, siapa yang berjaya mengusirnya?
"Penghulu bunian!" Pantas mulut Mahadhir menjawab membuat mulut si gadis melopong kembali.
Mengajar Anak Bunian...
Lalu cerita baru pula disampaikan. Perihal penghulu bunian yang dimaksudkan. Mahadhir pun bercerita, dulu sekitar penghujung tahun 1990-an, dia pernah belajar di sebuah madrasah tidak jauh dari rumahnya. Di situlah bermula perkenalannya dengan penghulu bunian itu.
"Dia datang apabila saya berseorangan di madrasah itu. Dia beritahu, dia pun belajar di madrasah itu juga. Mulanya, saya hairan sebab tak pernah nampak dia pun. Tapi, akhirnya baru saya faham dia dari alam lain," kata Mahadhir.
Malah, penghulu yang bernama 'Kamis' itu juga pernah membawanya 'melawat' perkampungannya. Jelas Mahadhir, dia tidak menghairankan kerana kawasan di situ memang dikenali banyak perkampungan bunian.
"Kampung mereka macam kita manusia juga. Cuma seni bina rumah mereka seperti rumah zaman dulu. Surau mereka tinggi-tinggi. Masyarakatnya juga sangat warak. ' Para wanitanya bertelekung. Yang berbeza hanyalah usia mereka yang lebih panjang daripada manusia. Seperti penghulu itu, usianya sudah lebih 300 tahun. Tapi kalau lihat wajahnya hanya seperti lelaki yang berusia 40-an," ceritanya lagi.
Okey. Habis sebentar kisah penghulu bunian itu.
Berbalik kisah barangan antik tadi, Mahadhir mendirikan sebuah bilik kecil di belakang rumah sebagai tempat penyimpanan koleksi barangan antiknya pada tahun 2007.
Malah, di ruangan itu juga Mahadhir mengajar kanak-kanak mengaji pada sebelah petang manakala sebelah malam, beliau mengajar kitab-kitab lama (kitab kuning) kepada golongan dewasa.
"Sejak saya mula mengajar di ruangan ini, selalu ada bunyi seperti kehadiran sesuatu di atas bumbung. Malah, ada pak cik-pak cik yang belajar di sini berkata, mereka rasa lain macam. Kadangkala mereka perasan ada bunyi seperti orang masuk ke dalam.
"Di waktu lain sewaktu solat, terasa seakan ada orang lain yang menyusup di saf mereka. Tapi tidak nampak kelibat sesiapa. Ada juga yang berasa bagai ada orang duduk di samping mereka tatkala mendengar pembelajaran.
"Saya sebenarnya tahu ada 'benda' yang turut sama dalam kelas saya. Tapi, saya tidak tahu siapa kerana ia tak pernah memperkenalkan diri. Setahun perkara itu berlalu hinggalah suatu hari, penghulu bunian yang pernah saya temui dulu datang berjumpa saya semula. Dia beritahu dia mahu dua anak lelakinya turut belajar dengan saya," cerita Mahadhir panjang lebar.
Dengan dahi berkerut, gadis itu bertanya lagi. Mengapa golongan ghaib itu mahu belajar daripada manusia?
Jawab Mahadhir, kerana dia satu-satunya orang yang mampu mengajarkan ilmu kitab-kitab lama di kawasan itu. Atas dasar itulah penghulu bunian itu menghantar anaknya untuk turut sama belajar sekali.
Hanya dia yang tahu kehadiran anak-anak penghulu itu setiap kali dia mengajar walaupun pada pandangan mata kasar manusia, ia tidak kelihatan. Dan katil di belakang ruangan itulah menjadi tempat anak-anak penghulu itu duduk atau berbaring.
Macam mana boleh tahu? Mahadhir tertawa.
"Kadangkala tilam katil itu mendap seperti ada orang sedang duduk di atasnya. Pemah juga orang yang tangkap gambar katil itu tanpa sengaja merakamkan bayangan dua orang kanak-kanak di situ."
Si gadis yang sedang asyik mengarahkan kamera pada katil itu segera berhenti. Gulpp! Berdiri pula bulu roma jadinya.
Gadis itu bertanya lagi, berapa usia anak penghulu bunian itu?
"Lebih kurang 80 tahun, tapi seperti kanak-kanak usia lapan tahun. Dah lima tahun saya mengajar mereka. Nama mereka Kuhais dan Khaisyah," tenang Mahadhir memberitahu.
Oh! Ya, kata Mahadhir lagi, penghulu bunian itulah yang berinteraksi dengan lembaga pendamping katil itu agar pergi dan tidak membuat onar.
No comments:
Post a Comment