Kisah Perjalanan Setahun Kehidupanku
Assalamualaikum W.B.T. kepada korang semua yang secara langsung atau tidak langsung mebaca blog SharafieDotNet ni. Aku harap korang semua sihat sejahtera. Sudah lama blog ini ku biarkan usang tanpa di update. Sudah lama juga la aku tidak bercerita mengenai aku dalam blog ni.
Aku menulis entri ni pada jam 1535hrs GMT+8 pada 4 April 2014 dan sekarang aku berada di perairan Laut China Selatan baru sahaja melepasi Hong Kong. Suasana di tengah laut pada hari ahad ni agak suram sebab hari Ahad. Kebanyakan crew membuat aktiviti masing² di dalam bilik. Cuaca pun hujan memang agak seronok kalau tidur. Keadan laut yang bergelora membuatkan mata menjadi lagi mengantuk.
Berbalik pada tajuk asal entri ni, pada setahun yang lalu aku juga berada di atas kapal tetapi berlainan jenis dan berlainan perjalanan. Banyak yang telah berlaku sejak kali terakhir aku menulis di blog ni. Aku semakin matang menjalani kehidupan seharian di laut.
Tahun lepas perjalanan kapal aku banyak berlaku di perairan Malaysia iaitu dari Melaka ke Kuantan dan begitu juga sebaliknya membawa muatan MTBE (nama penuh aku tak berapa nak ingat). Agak bosan voyage kapal aku pada tahun lepas tetapi seronok sebenarnya sebab dapat line tenet dan boleh berhubung dengan keluarga di rumah.
Begitupun seronok belayar di perairan Malaysia ada juga yang tak bestnya sebab masa berjalan terlalu perlahan pada tahun lepas dan membuatkan aku menjadi bosan hidup di atas kapal.
Aku juga sudah bertunang pada tahun lepas dengan pilihan hatiku sendiri dan bercadang untuk bernikah pada tahun ini. Tidak disangka aku sudah bertunang. Kekadang aku terfikir ada juga orang nak dengan pelaut ni ye walaupun hidupnya selalu berada di laut.
Pada tahun lepas juga aku telah menjual superbike kesanyanganku iaitu ER6N 2012 yang pernah aku tunjukkan di dalam entri sebelum ini. Tujuan aku menjual sebab aku tak berapa nak pakai motor tu dan ayahku suruh aku menjualnya sebab dia pun tak pandai dan tak berani nak menunggang motosikal berkuasa tinggi tu. Bila aku fikir²kan jual jela motor tu kan.
Pada tahun lepas juga rumah mak dan abah aku telah di naik taraf kepada yang lebih baik dan sudah tiada bocor² pada bumbung rumah tersebut. Yang ni aku tak pernah cerita dalam entri aku sebelum ni kot. Aku je yang belum naik taraf untuk membeli rumah, alasannya sebab aku tak tau nak bermastautin kat mana lagi. Setakat ni kapal la rumah aku. Kalau korang ada kawasan kediaman yang aman dan damai nak offer kat aku sila la komen kat bawah.
Begitulah serba sedikit cerita perjalan hidup tahun 2013 aku. Tak banyak sangat sebab masa yang aku habiskan banyak berada di laut. Pada tahun 2014 pula lagi la banyak masa aku habis kat laut ni. Sudah 2 bulan aku tak merasa makanan di restoran ataupun fast food. Rindu rasanya nak makan pizza atau KFC atau pun lepak kat kedai mamak. Seriously aku mula merasakan tekanan jiwa hidup atas kapal tahun ni.
Perjalan kapal aku tahun ni banyak berlaku di Far East iaitu China dan Korea. Sesungguhnya sangat la bosan di Korea sebab aku tak dapat nak turun darat untuk melancong di Korea ni. Sudah hampir 4 bulan aku berada di kapal ni. Masa berlalu terlalu pantas sampai aku rasa macam baru je sign on kapal ni.
Korea sudah habis, lepas ni kapal akan berada di India untuk tempoh 20 hari mungkin jika tiada apa² masalah. Mudah-mudahan sudah tiada masalah yang major la sebab aku da penat nak troubleshoot masalah kapal ni yang pelik².
Tahun ini juga aku sudah putus tunang. Walaupun sangat sedih tapi aku redha dengan segala yang berlaku dan aku percaya akan ada yang lebih baik daripada apa yang aku alami.
Planning balik daripada kapal ni aku nak travel tapi belum ada planning yang pasti lagi. Banyak juga kursus nak kena pergi ni. Kalau di fikirkan memang tak habis² masalah dalam hidup ni. Tapi itu semua ujian daripada Allah untuk menguji hambanya. Aku harap aku akan terus tabah dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam hidup.
Sampai sini dulu la entri aku pada kali ni. Masa yang ada pun tak berapa nak banyak. Kalau korang boleh baca entri aku ni sampai habis memang terbaik la. Aku nak rest dulu sebab malam kerja lagi. Kerja demi mencari bersuap-suap nasi bak kata seseorang yang telah menawan hatiku selepas ia hancur di kecewakan dulu..hehe.
Akhir kata daripada aku, semoga korang semua terus ceria dan jangan sia-siakan hidup korang di muka bumi ini. Manfaatkan lah dengan sebaik-baiknya. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment