Home » Koleksi Cerita Seram » Kisah Seram Misteri Hantu Penanggal Bukit Batok
Kisah Seram Misteri Hantu Penanggal Bukit Batok
Kisah seram kali ini melibatkan hantu penanggal. Untuk pengetahuan korang, hantu penanggal ini adalah manusia yang mengamalkan ilmu hitam dengan menghisap darah orang yang baru bersalin. Hantu penanggal amat popular pada zaman dahulu. Manusia yang mengamalkan ilmu hitam ini akan mengikat dirinya terlebih dahulu pada tiang rumahnya dengan bumbung yang sudah siap terbuka di atasnya untuk memudahkan kepala yang ditanggalkannya keluar dan pulang dengan dengan selamat.
Cukup serba sedikit mengenai maksud dan penganalan hantu penanggal ni. Kita teruskan dengan kisah seram benar yang dialami oleh seorang mangsa yang tidak mahu namanya dinyatakan di sini.
Kisah Seram Misteri Hantu Penanggal Bukit Batok
Sewaktu umur saya 10 tahun, saya menetap di Blk 1** Bukit Batok West Ave 8. Kisah seram ini berlaku pada pukul 3.oo pagi. Waktu itu, saya adik beradik tidur di ruang tamu dan emak saya sedang menjahit di kawasan dapur. Antara saya dan emak, kami terpisah dengan sebuah tembok di mana emak menjahit di sebelah belakang tembok dan tempat tidur saya di sebelah depannya.
Ketika saya sedang tidur2 ayam, tiba² saya terdengar emak berbual seorangan. "Apa yang kau nak?" Di masa itu, telefon bimbit belum menjadi keperluan asas lagi. Yang ada hanya telefon rumah yang berada di ruang tamu. Di saat itu, saya pun keliru dan sebagai budak kecil yang nakal, saya pun mengintip di tepi dinding yang ada tersebut. Sekali lagi saya mendengar suara emak berkata, "Jangan usik aku dan keluarga aku eh?" Saya masih musykil. Dengan siapa emak berbual tu???
Pertanyaan saya dijawab apabila saya mendengar satu suara yang menakutkan dari tingkap dapur. Bunyi efek suara itu berdengung, namun cara perbualan suara itu seperti orang yang pelat. Suara itu berkata, "Nak berkawan dengan aku?" Emak saya menjawab, "Tidak sekali, aku manusia, engkau Syaitan!" Sepintas itu, suara itu ketawa, "Hihihihihihihih…" Mata saya masih mencari² sumber suara yang seram dan ganjil itu. Namun, apa yang saya nampak tak akan saya lupakan hingga ke hari ini walaupun sudah 16 tahun dulu!!!
Yang saya nampak adalah kepala berserta usus, perut dan hati tergantung. Makhluk bernama Hantu Penanggal!! Tapi ada sesuatu yang ganjil. Selain mukanya yang hodoh, tulang dagu makhluk tersebut macam tercabut dan tergantung dengan sisa kulit dan urat. Baru saya faham. Kerana mulutnye yang cacat, itu sebab cara perbualannya pelat macam budak² kecil baru nak belajar bercakap. Lebih menyeramkan apabila melihat mulutnya yang dah cacat itu bergoyang bila berbual dengan emak sekali lagi. Saya melihat peristiwa itu sehingga mahluk itu hilang dari pandangan.
Yang peliknya, emak seperti tidak takut sama sekali. Orang kampung lah katakan. Dalam kejadian tersebut, saya yakin bahawa makhluk itu tidak melihat saya kerana saya mengintai di belakang tembok dan saya perhatikan mata makhluk itu tidak sesekali melihat ke arah saya. Saya silap!! Pukul 6:30 pagi, sewaktu saya turun tangga dari rumah tingkat 3, saya dengar nama saya dipanggil. Suara yang memanggil sama dengung dan pelat seperti suara makhluk yang saya nampak berbual dengan emak!!! Saya lari lintang pukang turun tangga. Dengan jelas kedengaran ia mengilai di sudut tangga di tingkat 3 flet Bukit Batok tersebut. Sekian, terima kasih.
Kisah Seram Misteri Hantu Penanggal Bukit Batok
Ini adalah kisah benar. Salah satu pengalaman yang seram sewaktu tinggal di Bukit Batok. Peringatan buat semua, jika anda melihat sesuatu makhluk ghaib atau hantu, jangan beranggapan dia tidak nampak anda kerana itu adalah strategi asas mereka untuk mengganggu anda. Hantu ini adalah syaitan yang menjelma membentuk rupa yang menyeramkan untuk menakutkan manusia, sedangkan kita sepatutnya takut kepada Allah. Sekian kisah seram pada kali ini.
Related
About Sharafie
Telah mula menulis blog sejak 2009. Merupakan seorang penulis blog untuk mengisi masa lapangnya. Segala perkongsian beliau di dalam blog ini merupakan hasil kerja kreativiti beliau di samping berkongsi cerita menarik dan fakta yang boleh menjadi panduan hidup bersama.
minta selisih jauh2 la