RENUNGAN SUBUH KHAMIS 12-2-2015 Selawat dan salam kpd Rasullullah saw serta keluarga baginda dan para sahabat semuanya...."SOLAT DI HUJUNG-HUJUNG WAKTU"
Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.
Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya.
Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...
Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai LIMA kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan SOLAT lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"
Dia mula menjerit;
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.
Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.
Dia sedang melayang jatuh selama 70 tahun ke dalam API NERAKA apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.
Dia ditarik kembali ke atas.
Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah TUAN?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya adalah SOLAT tuan"
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Tuan telah menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur."
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah tuan LUPA?"Tuan sentiasa laksanakan saya pada SAAT2 AKHIR?"
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.
Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat SUBUH
Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan MELENGAHKAN solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.
Kongsikan kisah ini kepada kawan-kawan dan keluarga semua.Mungkin kita boleh membantu seseorang mengetuk pintu hati mereka.
Siapa tahu?
Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman. peringatan utk diri saya juga..
Na'uzubillah-Wasallam
No comments:
Post a Comment