PETALING JAYA: Sepandai-pandai tupai melompat, kali pertama terlepas, kali seterusnya belum tentu selamat. Begitulah akhirnya apabila seorang lelaki keturunan Cina akhirnya berjaya ditangkap orang ramai ketika cuba mencemarkan sebuah masjid dengan daging babi.
Menurut laman Facebook Penang Kini, lelaki terbabit dipercayai cuba melemparkan daging babi ke dalam kawasan Masjid Jamek Telaga Air di Butterworth tetapi perbuatan jahatnya berjaya dihalang anggota kariah yang menyedari perbuatannya.
Dia berjaya ditangkap oleh kariah masjid sebelum diserahkan kepada anggota polis yang tiba sejurus dihubungi. Ketika kejadian, lelaki tersebut cuba melemparkan daging babi ke dalam kawasan masjid.
Bagaimanapun perbuatan lelaki itu disedari oleh kariah masjid berkenaan dan berjaya menangkap pelampau Cina itu selepas dikejar.
Menurut anggota kariah, kejadian meletakkan daging babi di kawasan masjid berkenaan sudah beberapa kali berlaku tetapi tidak dapat dikesan pelakunya.
Bagaimanapun akhirnya kariah masjid berjaya menangkap individu yang melakukan perbuatan biadab tersebut kali ini.
Tindakan anggota kariah yang berjaya menangkap pelaku terbabit tanpa membabitkan tindakan secara emosi membuta-tuli juga harus dipuji kerana menyerahkan lelaki itu kepada polis untuk tindakan lanjut.
Tindakan anggota kariah yang berjaya menangkap pelaku terbabit tanpa membabitkan tindakan secara emosi membuta-tuli juga harus dipuji kerana menyerahkan lelaki itu kepada polis untuk tindakan lanjut.
No comments:
Post a Comment