Peniaga online wajib daftar dengan pihak berkuasa, kata kementerian
Published: 17 December 2014
Sesiapapun yang berniaga melalui laman web ataupun laman social Facebook dan Instagram wajib mendaftar diri mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. – Gambar fail AFP, 17 Disember, 2014.Peniaga dalam talian atau online, termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram, diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perkara itu bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga.
"Melalui Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012, peniaga online juga diwajibkan untuk memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat e-mel dan nombor telefon di laman web, Facebook atau Instagram mereka," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peniaga-online-wajib-daftar-dengan-pihak-berkuasa-kata-kementerian#sthash.Xm983Gtn.dpuf
No comments:
Post a Comment