Lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
Lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
Lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari
Takda sorang pun lelaki sanggup nak terima ketiga-tiga syarat itu kecuali seorag jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dengan lelaki tersebut.
Sepanjang perkahwinan mereka, pempuan itu memerhatikan suaminya.
“Eh…tak puasa pulak laki aku hari ni. Camne nak puasa setahun?”
“Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni…”
“X nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia x solat malam ke?”
Selepas sebulan akhirnya pempuan tu x tahan dah. Dia bajet jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan “ditipu oleh suaminya”
“Masa nak nikah dulu dia poyo je setuju syarat yg saya letak. Dah kawin langsung x tunaikan. Penipu!” Rungut si pempuan pada hakim.
Hakim pun tanya kpd jejaka tu, “kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?”
“Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari..” Jawab jejaka muda dengan nada lembut.
Hakim bertanya lagi. “Habis tu kamu buat x?”
pemuda tu selamba jawab, “buat.”
Hakim menjerkah, “Isteri kamu kata kamu tak buat. Mcm mana ni?”
Pemuda itu xnak mengalah. “Sungguh sy buat yang arif. Takkan la saya nak tulis report card kot bgtau saya buat apa hari ni? Kang riak la pulak.”
Hakim x puas hati, “baik. Hari ni kamu puasa x?”
“Tak.
Hakim terus potong ayat, “hah! Kamu tak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?”
Pemuda itu selamba menjawab, ” Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun.
Saya puasa ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jd saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun.”
Hakim tu tersentak. “Habis tu mcm mana kamu khatam al Quran setiap hari?
Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.
Pemuda itu terus menjawab, “saya baca Surah al ikhlas 3 kali setiap kali saya ingin tidur.
Rasulullah bersabda sesiapa yang membaca surah al ikhlas 3 kali maka seolah-olahnya dia telah membaca keseluruhan al Quran.” sambil buat senyuman lebar kepada hakim.
Model Wanita Tercantik Dari Etnik Uyghur (5 Gambar)
Hakim itu makin tergamam. “Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?”
Pemuda itu sekali lagi senyum. “Saya solat isyak dan solat subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yang berjemaah pada waktu isyak dan subuh maka seolah-olahnya dia telah beribadah sepanjang malam”
Dia terus menyambung, “islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.
Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai-pandailah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat.
Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.
Hakim terangguk-angguk lalu memerintahkan si isteri bangun. “Awk sepatutnya beruntung. Awk telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan…”
Si suami tersenyum puas..
No comments:
Post a Comment