Sunday, 14 December 2014


Berhati-Hati Dengan Cara Baru Sindiket Mencuri Kereta Ini


Pernahkah anda terserempak dengan gambar di atas yang di mana penunggang motorsikal mengambil tiket parkir?

Sekiranya ada, segeralah mengambil gambar no plat motorsikal berkenaan dan terus laporkan di bilik pengawal penjaga parkir atau Polis.
Menurut sumber, gambar di atas di ambil oleh seseorang ketika hendak membeli belah di Jusco Tebrau, Johor.
Untuk makluman anda semua, ini adalah modus operandi terbaru sindiket mencuri kereta yang sedang digiatkan oleh penjenayah sekitar pusat membeli belah.
Taktik penjenayah tersebut adalah dengan merampas kenderaan di belakang sewaktu pengguna hendak keluar dari pusat membeli belah.
Penjenayah ini amat licik kerana mereka akan memerhati kecuaian dan kesilapan manusia.
Mereka dikatakan  akan memecah cermin kenderaan yang hendak dicuri, lebih-lebih lagi jika mangsa adalah merupakan golongan perempuan.
Terdapat sebuah kes di Jusco Bukit Tinggi Klang, di mana seorang pemandu perempuan hendak membayar parkir di mesin sebelah dan membiarkan kereta dalam keadaan enjin masih hidup.
Dengan sepantas kilat penjenayah yang mengunakan taktik mengambil tiket menggunakan motor seperti gambar di atas terus mengambil kesempatan dengan merampas kereta mangsa sewaktu mangsa hendak membayar parkir.
Buat anda semua, sila pastikan anda telah membayar tiket parkir terlebih dahulu sewaktu hendak keluar dari pusat membeli belah,bagi mengelakkan daripada anda perlu keluar dari kenderaan kerana hendak membayar tiket parkir.

RELATED POSTS :

0 RESPONSE TO "BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU SINDIKET MENCURI KERETA INI"

No comments:

Post a Comment