Wednesday, 3 December 2014


Duta Indonesia Sahkan Akan Mengebom Kapal Yang Menceroboh Perairan Negara Tersebut



SHAH ALAM: Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno, hari ini mengesahkan bahawa kerajaan Indonesia ada bercadang untuk mengebom mana-mana kapal asing yang melakukan aktiviti penangkapan di dalam perairan mereka.

Menurut beliau lagi pengeboman itu tidak dilakukan ketika ada anak kapal di dalam kapal tersebut. Ia dilakukan sebagai pengajaran kepada penceroboh,

“Anak kapal akan diselamatkan terlebih dahulu, kemudian apabila kapal sudah kosong baru dibom untuk menenggelamkannya.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua penangkap ikan agar tidak mengulangi perbuatan salah itu,” katanya.

Beliau menguas demikian selepas Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti, mengeluarkan kenyataan mana-mana kapal asing yang melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di dalam periran Indonesia akan dibom.

Herman berkata, perlaksanaan itu akan dikenakan kepada kapal penangkap ikan tanpa izin dari mana-mana negara.

“Ia juga bukan tertumpu kepada kapal haram dari Malaysia sahaja, tetapi dari Myanmar, Thailand, Vietnam atau negara lain yang menangkap ikan tanpa izin di perairan kami akan dikenakan hukuman sedemikian

"Namun mengenai pengeboman itu, ia baru cadangan dan perkara itu dilihat untuk menakutkan pihak tidak bertanggungjawab agar tidak memasuki perairan kami secara haram,” katanya lagi.

menurut beliau lagi, perlaksanaan pengeboman itu hanya akan dilakukan berdasarkan peraturan ditetapkan dan tidak bertentangan dengan undang-undang.- Siakapkeli.com.my

Blogger ( 0 ulasan )
Facebook (1 comments)

No comments:

Post a Comment