Tuesday, 7 October 2014


Pembedahan Tujuan Pemindahan Wajah Orang Lain


WARSAW - Seorang lelaki berusia 33 tahun di Poland menjalani pembedahan pemindahan keseluruhan muka tiga minggu selepas wajahnya cedera akibat kemalangan di tempat kerja, kata beberapa doktor.

Mereka memberitahu, jangka masa tersebut merupakan yang paling pantas pernah dibuat untuk pembedahan seperti itu.

Sebelum ini, pemindahan muka adalah rumit dan memerlukan persediaan rapi dan menyeluruh. 
Persediaan itu mengambil masa selama berbulan-bulan sehingga beberapa tahun.

Namun, beberapa doktor berkata, mereka perlu segera melakukan pembedahan tersebut terhadap pesakit berkenaan bagi mengelakkan keadaannya menjadi lebih teruk.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Grzegorz menjalani pembedahan tersebut di Pusat Kanser dan Institut Onkologi di Gliwice, Poland.



Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan tulang selama 27 jam pada 15 Mei lalu selepas seorang penderma mahu mendermakan mukanya.

Pembedahan itu bagi memulihkan muka dan tulang rahang soket mata lelaki tersebut.

"Pembedahan ini akan membolehkan pesakit kembali menjalani kehidupan normal," kata seorang
 ketua pakar bedah yang melakukan pembedahan tersebut, Adam Maciejewski.



"Dia akan bernafas, makan dan melihat seperti orang lain," tambahnya.

Lebih 24 pembedahan pemindahan muka atau sebahagian muka telah dilakukan di seluruh dunia setakat ini.

Pembedahan pertama melibatkan seorang wanita yang digigit anjing peliharaannya pada 2005 di Perancis.

Sumber oopsshmedia.blogspot.com

RELATED POSTS :

6 RESPONSES TO "PEMBEDAHAN TUJUAN PEMINDAHAN WAJAH ORANG LAIN"

  1. Menitis air mata melihat gambar ni. Kasihan bayi yang tidak berdosa itu. Entah di mana sifat perikemanusian si pelaku ketika mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan segala masalah. Gambar penuh-->www.mediahub.com.my/beginilah-cara-bayi-dalam.html
    Reply
  2. Jom buat duit dengan kemahiran anda di www.ilancee.com
    Reply
Note: only a member of this blog may post a comment.

No comments:

Post a Comment