Gejala pengambilan pil kuda membimbangkan
May 25, 2014
KUALA KRAI - Gejala pengambilan pil kuda dalam kalangan belia di negeri ini yang menjadi sasaran pengedaran bahan terlarang itu dilihat semakin membimbangkan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bagi menanggani perkara itu, polis telah melaksanakan pelbagai cara dan paling penting adalah kesedaran semua pihak termasuk ibu bapa.
Menurutnya, kefahaman ibu bapa tentang peranan masing-masing dapat membantu menangani masalah itu dan beberapa gejala lain.
“Bagi tujuan itu, lima kampung dipilih untuk diadakan program Komuniti Policing di Kuala Krai dengan pelbagai pengisian termasuk memberikan ceramah cegah jenayah, narkotik, keselamatan cawangan khas, gejala sosial dan aspek keselamatan serta motivasi dan kaunseling.
“Bagi tujuan sama, pelajar juga turut serta dalam program ini dalam memberi mereka kesedaran serta nasihat menerusi ceramah yang disampaikan,” katanya pada sidang media sempena Program Komuniti Policing Ibu Bapa Yang Cakna Melahirkan Pelajar Berwawasan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, semalam.
Hadir sama Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Ab Rahim Che Ghani; wakil Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, ketua-ketua polis daerah, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai, Anuar Mamat; Pengetua SMK Laloh, Rohana Mamat dan pemimpin setempat.
Pada sidang media sama, ketika ditanya pemberita berkenaan gejala hidu gam dalam kalangan belia, Jalaluddin berkata, kes tersebut tidak begitu ketara.
Katanya, untuk membantu mengatasi masalah Remaja Berwawasan yang sudah ada di sekolah-sekolah akan digerakkan untuk membantu rakan mereka.
Pada program berkenaan, bantuan kepada bekas polis, golongan asnaf dan tandatangan plak Program Remaja Berwawasan turut dilakukan.

No comments:
Post a Comment