5,800 liter diesel bersubsidi dirampas
May 28, 2014
KUCHING - Pasukan Gerakan Am (PGA) PGA Briged Sarawak merampas 5,800 liter diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor di E Park Light Industrial Park, Jalan Batu Kitang, di sini hari ini.
Pegawai Risik PGA Briged Sarawak, Inspektor Pabilah Abdullah berkata dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
"Turut dirampas 46 buah tong minyak, satu unit pam minyak, dua batang hos minyak dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux. Nilai keseluruhan rampasan adalah RM104,500," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pabilah berkata siasatan awal mendapati Toyota Hilux itu juga telah diubah suai dan mempunyai tangki tambahan yang mampu mengisi sehingga 500 liter diesel.
"Siasatan awal mendapati sindiket ini akan membeli diesel dari stesen minyak sekitar bandaraya ini. Mereka akan kumpul sehingga 10,000 liter sebelum menjualnya kepada pihak industri," katanya.
Menurutnya semua hasil rampasan itu akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk siasatan lanjut. - Bernama

No comments:
Post a Comment