Thursday, 5 June 2014

Cadbury pikat pengguna dengan iklan halal dalam akhbar tempatan

email
comments
Cadbury pikat pengguna dengan iklan halal dalam akhbar tempatan
Cadbury beli iklan di akhbar utama Malaysia
KUALA LUMPUR:“Segalanya baik. Kembali ceria bersama kami”

Begitulah mesej yang disampaikan oleh pengeluar coklat Cadbury Malaysia yang terpampang di dada akhbar-akhbar utama Malaysia dalam usaha mereka menawan kembali hati pelanggan.

Mungkin ini cara terbaik untuk mengembalikan semula keyakinan penggemar coklat Cadbury terutamanya yang  beragama Islam terhadap produk keluaran mereka.

Cadbury dalam iklannya berkata pengguna di Malaysia telah mempercayai mereka selama 40 tahun dan boleh terus melakukannya.

Selain itu, dalam iklan itu juga Cadbury berkata, produk mereka yang dihasilkan dan dijual di Malaysia mendapat pengiktirafan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Coklat Cadbury yang dihasilkan dan dijual di Malaysia telah mendapat pengiktirafan sijil halal. Anda mempercayai kami selama 40 tahun dan anda boleh terus melakukannya.

“Terima kasih Malaysia di atas kepercayaan anda," pesanan Cadbury dalam iklan tersebut.

Pada 2 Jun, JAKIM telah menerimakeputusan analisis makmalJabatan Kimia Malaysia (JKM) bahawa tiada DNA babi seperti yang didakwa ke atas dua sampel produk terlibat iaitu:

i. Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2

ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

JKM berkata pihaknya telah memberi keutamaan dalam  pengujian sampel bagi dua produk coklat Cadbury yang menjadi isu nasional itu berikutan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei 2014 yang lalu.

Sehubungan itu, Cadbury Malaysiaturut melahirkan rasa legadengan kenyataan dari JAKIM bahawa dua produk mereka itu dikesan tidak mengandungi DNA babi (porcine) seperti yang didakwa.

No comments:

Post a Comment