Pemuda Umno buat kecoh depan pejabat DAP
Tarikh: May 22, 2014
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sekumpulan wakil dari Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan satu tunjuk perasaan di hadapan Ibu Pejabat DAP di Jalan Pudu, di sini, hari ini.
Bantahan yang pada mulanya bertujuan untuk menyerahkan memorandum bertukar kecoh sehingga menyebabkan pihak polis terpaksa menutup jalan dan mengawal kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.
Sebaik sahaja tiba di pekarangan pejabat DAP, penunjuk perasaan terbabit terus merempuh kumpulan polis untuk cuba memasuki kawasan pejabat.
Adegan tarik menarik turut berlaku di antara kumpulan tersebut dan pasukan polis yang bertugas.
Menurut Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii, memorandum tersebut diserahkan bertujuan untuk menyelar Adun DAP Sri Delima, RSN Rayer yang mengeluarkan kata-kata kesat ke atas Umno dan masyarakat Melayu pada sidang Dun Pulau Pinang, baru-baru ini.
"Kami mahu dia tarik balik kenyataan dan minta maaf secara terbuka kepada Umno dan orang Melayu di Malaysia.
"Rayer secara terang-terangan menunjukkan sifat di luar batas norma hubungan kaum, DAP harus ambil tindakan segera ke atas dia," katanya ketika ditemui oleh wartawan Sinar Harian Online.
Situasi sebelum itu bertukar gawat apabila salah seorang ahli DAP yang berkawal di bahagian hadapan pejabat mengeluarkan kata-kata yang mencetuskan kemarahan kumpulan terbabit.
Razlan yang berang bertindak mengoyakkan memorandum dan melemparkannya tepat ke wajah Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming yang mewakili DAP untuk menerima memorandum tersebut.
Kumpulan berkenaan hanya bersurai selepas hujan turun.

No comments:
Post a Comment