Pakej runtun hati
Oleh Asmah Rusmah, Yusmizal Dolah Aling, Adnan Mohamad dan Nur Saliawati Salberi
Kuala Lumpur: Keghairahan ejen dan syarikat pelancongan menawarkan pakej harga runtuh untuk menunaikan umrah menyebabkan ramai yang tertarik dan akhirnya menjadi mangsa penipuan.
Rata-rata kes bakal jemaah umrah terkandas di lapangan terbang dan ada yang langsung ditipu selepas membuat bayaran pertama berlaku kerana terpedaya dengan harga murah terbabit.
Dalam kes terbaru 15 April lalu, sebuah syarikat yang beribu pejabat di Melaka menawarkan pakej umrah RM4,300 seorang untuk 12 hari 10 malam berbanding syarikat lain yang menawarkan RM4,700 hanya untuk 10 hari lapan malam.
Seramai 36 bakal jemaah umrah termasuk seorang warga emas berusia 93 tahun akhirnya terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas ejen yang dikenali sebagai Datuk Zainal tidak muncul.

SEBAHAGIAN jemaah yang terkandas di lapangan terbang.
Mereka bukan saja kerugian RM157,600, malah terpaksa tidur di ruang menunggu KLIA.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
No comments:
Post a Comment