Lelaki ditemui mati dalam bilik hotel
Tarikh: May 6, 2014

Anggota polis mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui mati oleh pekerja hotel di bilik sebuah hotel di Jalan Padang Garong di Kota Bharu hari ini.
Mayat mangsa yang berusia lingkungan 30-an dan berbangsa Melayu itu dibawa ke Hopistal Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat. - Foto Bernama
KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian dan tertiarap dalam bilik sebuah hotel di Jalan Padang Garong di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu Asisten Superintendan Azham Othman berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 1 tengah hari.
"Mayat ditemui dalam keadaan bogel dan tertiarap oleh pekerja hotel berkenaan yang kemudian memaklumkan kepada polis.
"Mangsa, yang berusia lingkungan 30-an dan berbangsa Melayu itu dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.
"Pihak kami masih menunggu laporan lanjut sama ada ada unsur jenayah ataupun tidak," katanya. - Bernama

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment