Lebih 250 rakyat Malaysia lulus bahasa Jepun Tahap Pertama
Kuala Lumpur: Seramai 250 daripada 2,828 rakyat Malaysia yang menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Jepun (JLPT) pada tahun 2013, memperoleh kelulusan Tahap Pertama, iaitu pencapaian tertinggi dalam peperiksaan bahasa itu.
Presiden Persatuan Bahasa Jepun Malaysia Edward Lee Chee Peng, berkata pencapaian itu membuktikan rakyat Malaysia mampu menguasai bahasa Jepun dengan
baik dalam semua keadaan iaitu bertutur dengan menggunakan bahasa baku dan
baik dalam semua keadaan iaitu bertutur dengan menggunakan bahasa baku dan
bahasa harian masyarakat negara itu serta berkebolehan membaca.
"Selain pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran ke Jepun, calon
"Selain pelajar Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran ke Jepun, calon
yang menduduki peperiksaan ini merupakan pekerja di syarikat milik rakyat
Jepun," katanya, di sini, hari ini.
Jepun," katanya, di sini, hari ini.
Katanya, jumlah calon yang mengambil JLPT menggambarkan rakyat Malaysia memandang serius akan penguasaan bahasa Jepun sehingga ingin mendapat pengiktirafan dan mengetahui tahap penguasaan mereka.
JLPT adalah peperiksaan rasmi yang diadakan setiap Julai dan Disember yang menguji kecekapan calon (penutur asing) dalam penguasaan Bahasa Jepun melalui pelbagai kemahiran termasuk membaca dan mendengar.
Terdahulu, ketika ditemui di Festival Bahasa Jepun yang ke-8, Edward berkata melalui penguasaan bahasa Jepun pelajar akan lebih mudah mempelajari nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian masyarakat Jepun.
Katanya, penguasaan bahasa Jepun secara tidak langsung memenuhi aspirasi
kerajaan dalam pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan sejak 1982.
"Dasar Pandang ke Timur bukan hanya memfokuskan kepada pengambilan bidang
teknologi dari Asia Timur khususnya Jepun, tetapi juga pembentukan budaya dan
nilai-nilai kehidupan yang tinggi,".
"Untuk itu, adalah lebih mudah bagi pelajar untuk mempelajari budaya masyarakat Jepun dan membandingkanya dengan budaya tempatan jika mereka menguasai bahasa Jepun," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment