KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines ( MAS) akan memulakan proses pemulihan syarikat berikutan kehilangan pesawat MH370 yang telah menjejaskan perniagaan dan reputasinya.
Sejak insiden MH370 dua bulan lalu, MAS menumpukan usaha mereka dalam memberikan sokongan berterusan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.
"Lebih dua bulan telah berlalu sejak tragedi itu, kami akan bekerja keras untuk memulihkan MAS supaya syarikat ini mempunyai masa depan yang mampan dalam menghadapi cabaran yang lebih sukar," kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.
"Pada peringkat ini, kami sedang menjalankan kajian menyeluruh ke atas pelan perniagaan.
Kami juga akan mengkaji semua saluran yang boleh digunakan untuk memastikan kemampanan MAS untuk jangka masa panjang.” kata kenyataan itu.
Syarikat penerbangan negara itu berkata pelan pemulihan tersebut akan fokus kepada aspek 'memenangi semula pelanggan dan tumpuan kos'.
Jualan tiket MAS telah menurun berikutan insiden MH370, terutamanya di pasaran China
Menurut satu laporan dari Wall Street Journal, memetik sumber yang memahami keadaan MAS, syarikat penerbangan iu mungkin akan menjual unit penyelenggaraan pesawatnya.
Ini bertujuan untuk membantu memulihkan syarikat tersebut yang sudah bertahun-tahun dibelenggu masalah kewangan.
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my
BERITA BERKAITAN
- MH370: Data asal hanya boleh didedahkan oleh INMARSAT, kata Hishammuddin
- MAS ubah waktu penerbangan ekoran kemalangan kecil
- Pameran pelancongan MAS kembali dengan diskaun sehingga lima puluh peratus
- MH370: Ahli Parlimen DAP terus desak Kertas Putih dibentang di Parlimen
- MH370: Usah diulangi kesilapan yang sama - Najib









No comments:
Post a Comment