Saturday 10 March 2018

TANYALAH USTAZ TV9
9.3.2018
(Da'i Hadhari&Ustaz Datuk Kazim Elias)

*BAGI,JANGAN TAK BAGI"*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tajuk berkaitan dgn nafkah.
Nafkah adalah perbelanjaan yg dibawah tanggungan kita.
Nafkah dgn sebab perkahwinan,hubungan kerabat,kepada pemilikkan(hamba)
Tajuk hari ini adalah nafkah utk isteri dan anak².
Bila sebut sahaja SAH ketika berkahwin,nafkah pun bermula.
JANGAN FIKIR KAHWIN NAK SERONOK SAHAJA,BANYAK YG PERLU DIFIKIRKAN.
Allah pesan bertaqwalah pada Allah dalam bab nafkah.

ADAKAH SEORANG SUAMI JUGA DIPERTANGGUNGJAWABKAN BERI NAFKAH JIKA PENDAPATAN TAK CUKUP DAN BERKATKAH BILA SUAMI MERUNGUT DGN KATA HABIS DUIT AKU?
Suami kena cari kerja lebih supaya utk mencukupkan nafkah.
Seorang suami tak boleh cakap tak mampu nak beri nafkah.
Suami kena cari rezeki utk mencukupkan.
Bila dah usaha dan masih tak cukup barulah isteri bantu.
Jangan cakap habis duit aku kerana beri nafkah pada isteri adalah sedekah yg paling baik.
Nafkah ada 2:
Nafkah zahir dan nafkah batin
Nafkah zahir ialah pakaian,makanan,tempat tinggal.
Seorang suami kena adil pada ibunya sendiri dan isteri.
Nafkah batin ialah memgembirakan isteri,memberi ilmu,memberi keseronokan.
BELUM SEMPURNA LAGI JIKA SUAMI TAK BERI ILMU PADA ISTERI.
NAFKAH BATIN BUKAN HANYA DIATAS KATIL.

ADAKAH BOLEH ISTERI MENCURI DUIT SUAMI KERANA SUAMI KEDEKUT?
Pada zaman Nabi ada seorang isteri yg bertemu Rasulullah bertanyakan bolehkah dia ambil duit suami kerana suaminya sangat berkira.
Kata Rasulullah boleh ambil utk kegunaan anak² dan seisi rumah.
Boleh ambil dan ini bukan mencuri.
Dan jangan gunakan duit itu utk kegunaan sendiri.

BOLEHKAH ISTERI TANGGUNG NAFKAH RUMAHTANGGA KERANA GAJI ISTERI LEBIH BESAR?
Suami tetap menguasai isteri walaupun isteri tanggung nafkah rumahtangga.
Walaupun suami tak berkerja,isteri wajib taat pada suami.
Walaupun gaji suami rendah,isteri tak boleh ambil tugas suami.
Isteri yg membantu ada pahala utk isteri.
SUAMI YG TERLANTAR(lumpuh)DAN TAK BERKERJA MAKA TERLEPASLAH TANGGUNGJAWAB SUAMI.
Tujuan perkahwinan adalah suami yg kena tanggung nafkah keluarga.

BAGAIMANA HUKUM SUAMI YG BERCERAI DAN TAK PERNAH LANGSUNG BERI NAFKAH PADA ANAK²?
Mahkamah yg menentukan kadar nafkah.
Isteri boleh menuntut di mahkamah.
Boleh buka aib suami di mahkamah utk menuntut hak isteri.
Kalau suami tak nak pergi mahkamah suami terlepas di dunia tapi tak akan terlepas di akhirat.
Anak² yg masih bersekolah,nafkah anak² dibawah tanggungjawab suami.
Bagi anak² yatim,bapa saudara atau ibu saudara serta atok yg kena tolong.
Jangan hantar anak² saudara kita yg telah menjadi anak yatim ke rumah anak² yatim.

BENARKAH ISTERI YG NUSYUS(derhaka)TAK BOLEH DAPAT NAFKAH DAN BAGAIMANAKAH YG DIKATAKAN ISTERI YG NUSYUS?
Jika takut isteri nusyus,suami kena ajar atau didik isteri,tinggalkan tempat tidur dan pukul dgn tujuan mendidik.
Isteri yg nusyus tak boleh terima nafkah pada hari itu(cth jgn beri makan pada hari itu sahaja)
Isteri nusyus ialah isteri yg ingkar pada arahan suami,menengking atau meninggi suara pada suami,keluar rumah tanpa izin,minta cerai tanpa sebab,melaga~lagakan hubungan antara ibu dan suami dan isteri yg ada hubungan dgn lelaki lain itu juga adalah nusyus.

BOLEHKAH ISTERI MINTA BANTUAN PADA KELUARGA?
Inilah pengorbanan isteri yg tak boleh lihat anak² susah.
Inilah sifat bertolong tolongan.
Ketika inilah adik beradik kena tolong menolong.

SUAMI TAK BERI DUIT BELANJA,BERDOSAKAH ISTERI TAK SEDIAKAN MAKANAN UTK SUAMI SEDANGKAN SUAMI TAK BERI DUIT BELANJA?
Kadang² suami sibuk belanja kawan² diluar.
Tak wajib belanja kawan²,dahulukan isteri dan anak².
Isteri kena minta duit belanja.

APAKAH HUKUM SUAMI LEBIHKAN IBUNYA SEDANGKAN ISTERINYA TAK DIBERI NAFKAH?
Kalau ibu menghalang beri nafkah pada isteri,ibu itu berdosa.
Suami kena beri nafkah pada ibu dan beri juga nafkah pada isteri.
Kerjasamalah utk jaga ibubapa.

SUAMI BAGI RM500 TIAP² BULAN UTK KEPERLUAN RUMAH DAN TAK CUKUP SAYA TAMBAH PAKAI DUIT SAYA.SAYA ISTERI NOMBOR DUA.
Syarat poligami adalah mampu.
Jika tak mampu bermakna telah menzalimi isteri².
Berbincang suami isteri supaya selamat dunia akhirat.
Isteri yg berkerja,berpahala utk membantu suami.
Isteri kena redha jika tak redha tak dapat pahala.

JIKA ISTERI YG KATA TAK PAYAH BERI DUIT KERANA SAYA DAH BERKERJA,INI TAK MENJADI MASALAH KERANA ISTERI SUDAH REDHA.

IBUBAPA KENA FAHAM,ANAK² KITA DAH KAHWIN JANGANLAH MENGHARAP PADA ANAK KERANA ANAK JUGA ADA TANGGUNGJAWAB PADA KELUARGANYA.
BOLEH TINGGAL SERUMAH DGN MAK MERTUA DAN SUAMI BUATLAH SATU BILIK KHAS UTK ISTERI.

SAYA ISTERI KEDUA DAN TAK DAPAT LANGSUNG DUIT POKET DARI SUAMI TAPI SAYA DAPAT DUIT DARI MENGAJARKAN AL~QURAN,BAGAIMANA USTAZ?
Seorang suami kena ada ilmu sebelum poligami.
Inilah risiko kerana jadi isteri nombor dua.
Mungkin susah sekarang tapi senang kemudian.
Mengajarkan Al~Quran banyak keberkatannya.
Kalau tak sanggup hidup bermadu,janganlah bermadu.
Jika sanggup bermadu,terimalah risikonya.
JANGAN BERMUSUH JIKA SUDAH SANGGUP BERMADU.

ILMU SANGAT PENTING SEBELUM BERLANGSUNGNYA PERKAHWINAN,APA PENDAPAT USTAZ?
Perkahwinan atas dasar cinta sahaja,ini yg ditakutkan.
Nafkah bukan hanya pada beras,kesihatan isteri dan mendidik isteri itu juga nafkah.
Jika tak ilmu asas dalam rumahtangga,rumahtangga tak akan seronok.

JIKA NAK BERKAHWIN DGN ORG YG BARU MASUK ISLAM,PERGILAH MENUNTUT ILMU DULU SEBELUM BERKAHWIN.
IBUBAPA KENA BIMBING MENANTU YG BARU MASUK ISLAM.
TOLONG MENOLONG DAN BUKAN MENGADU DI FACEBOOK.

TANGGUNGJAWAB ISTERI IALAH LAYAN SUAMI DAN JAGA ANAK².
SUAMI YG YG BERTANGGUNGJAWAB UTK NAFKAH RUMAHTANGGA.
PENDAPAT ISTERI ADALAH REZEKI ISTERI DAN SUAMI KENA MINTA IZIN ISTERI JIKA NAK AMBIL DUIT ISTERI.

BAGAIMANA SUAMI YG PENTINGKAN HOBI DARI TANGGUNGJAWAB?
Utamakan tanggungjawab dahulu.
Utamakan yuran anak² dan duit sewa rumah dulu.
Utamakan yg berhak dulu, dah selesai semua baru boleh habiskan pada hobi.

SEBAGAI SEORANG SUAMI MEMANG SUSAH.
BIAR SUSAH SIKIT DI DUNIA ASALKAN SENANG DI AKHIRAT.
TERUSKAN BERI NAFKAH IN SHAA ALLAH ALLAH AKAN MENGANTIKAN DI AKHIRAT.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

No comments:

Post a Comment