Semasa di Kakrail masjid Dhaka, seorang ulama Indonesia dijemput utk menyampaikan tazkirah 10 minit. Beliau berkata, saya jumpa seorang ulama yang sedang memberikan ceramah. Tapi setiap 5 minit beliau menitikkan artificial eye drop ke dalam matanya. Diulang setiap 5 minit. Maka saya pun bertanya kepadanya
"ya Sheikh, kenapa kamu sering menitikkan air ke dalam matamu?"
"Ketahuilah bahawa di dalam mata kita Allah telah beri satu urat di mata tugas urat ini ialah membasahkan mata kita apabila mata kita kering. Kedua-dua urat ini telah diambil kembali oleh Allah. Jadi setiap kali mata saya kering saya harus menitikkan air mata palsu ini agar mata saya lembab. Begitulah keadaan berterusan siang dan malam."
"Ya Sheikh, bagaimanakah kamu tidur pada waktu malam??"
"Setiap 5 minit saya akan bangun kerana mata saya terasa begitu panas apabila kering maka saya akan segera menitikkan airmata ke dalam mata saya."
Dengan suara yg tegas, ulama Indonesia ini berkata kepada kami, "tuan-tuan, kita selalu lupa siapa Allah. Bila Allah ambil satu nikmat daripada kita, baru kita kenal siapa Allah! Kalau malaikat Izrail dah pegang roh kita, masa itu baru kita kenal siapa Allah!"
Tersentap jantungku. Iya, aku selalu lupa pada Allah.
"Maka nikmat manakah yang kamu dustakan??"
-nukilan Qarmizi
No comments:
Post a Comment